Thursday, 25 July 2013

SURAT RAHSIA BARU BIAN UNTUK ANWAR

Seorang kakitangan HQ PKR memaklumkan kepada blog ini bahawa semalam suasana sedikit kecoh di pejabat apabila sepucuk surat peribadi Baru Bian singgah di meja Ketua Umum.
Percaya dengan kakitangan di ibupejabat, surat tersebut sudahpun dibuka dan mengandungi perkara-perkara yang agak sensitif. 
Menurut teman tersebut, secara ringkasnya disebutkan   :-

  • Kekecewaan Baru Bian Kerana PKR Sarawak tidak diberikan perhatian sama adil seperti PKR negeri lain.
  • Kegagalan PKR membuat impak besar di Sarawak tidak boleh disalahkan kepada pemimpin PKR negeri sahaja, komitmen pemimpin PKR di Pusat juga sangat lemah.
  • Bantuan kewangan yang terlalu sedikit.
  • Mahu Ketua Umum membawa isu DAP Sarawak di peringkat lebih tinggi.
  • Jika DAP Sarawak dibenarkan untuk meneruskan usaha pengukuhan kuasa di Sarawak, PKR akan hilang punca kekuatan.
  • Pengerusi DAP Sarawak adalah seorang anak muda yang gila kuasa – tidak mempedulikan perasaan rakan-rakan PR yang lain.
  • Langkah DAP mewujudkan 21 cawangan baru (bertindih dengan persetujuan politik asal) yang dirangka oleh PR.
  • DAP mempunyai bantuan dana dari Pulau Pinang, sedangkan Selangor tidak membantu PKR Sarawak dalam bentuk yang signifikan.
  • Surat yang dihantar kepada Pejabat MB Selangor tidak pernah dibalas. Membantu dana jauh sekali.
  • Kehadiran Pas Sarawak tidak sedikitpun membantu malah menakutkan pengundi bukan Islam. Imej pakai serban dan berjanggut panjang tidak sesuai dengan PR.
  • PKR perlu terus bekerjasama dengan mubaligh bagi memastikan penetration politik yang lebih baik.
  • Menambah dana untuk membantu PKR Sarawak – dengan memberikan fokus kepada perbelanjaan penceramah/mubaligh. 
  •  Isu Taib tidak mampu menggoncang politik di negeri itu.
Panjang sungguh surat Baru Bian. Cukup sedih bunyinya. Ibarat kata, menanti masa untuk dikuburkan di Sarawak.
Kita tahu, kerisauan Baru Bian ini ada asas.
Kita rujuk laporan Borneo Post:-
Sarawak DAP aims to set up branches in 21 rural constituencies within the next two months to strengthen its rural reach.
Its chairman Chong Chieng Jen said their rural drive would complement the  efforts of all component parties of Pakatan Rakyat (PR).
The  targeted constituencies are Tasik Biru, Kedup, Bengoh, Tarat, Balai  Ringin, Simanggang, Engkilili, Bukit Saban, Pakan, Meluan, Ngemah,  Katibas, Pelagus, Belaga, Kakus, Kemena, Marudi, Bekenu, Bukit Kota and  Batu Danau.
PKR Sarawak nampaknya akan ditelan oleh Burung Ubah DAP.

No comments: