Sunday, 3 March 2013

STATEMENT DARI IMF YANG AKAN BUAT ANWAR BERAK KAPUR...!!!



Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memuji sistem kewangan Malaysia berdasarkan permodalan kukuh sistem perbankannya yang disokong oleh peraturan serta rangka kerja kawal selia yang mantap.

Dalam program penilaian sektor kewangan (FSAP) pertamanya ke atas Malaysia bagi 2012, IMF bersama dengan Bank Dunia memuji sistem kewangan negara ini dengan berkata, bahawa ia telah berjaya menyerap krisis kewangan global baru-baru ini. 

“Ujian tekanan menunjukkan bahawa bank di Malaysia berdaya tahan terhadap beberapa tekanan ekonomi serta pasaran, meskipun paras tinggi kebergantungan ke atas deposit permintaan berpotensi menyumbang kepada kerapuhan,” kata IMF dalam laporannya dari Washington, semalam.


Dalam Artikel IV Perundangan itu, IMF mendapati dasar ekonomi makro Malaysia pada 2012-2013 ‘dirangka dengan baik’, merujuk kepada pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia yang agak bersesuaian bagi menyokong pertumbuhan dan inflasi di samping mengimbangi kebimbangan berhubung hutang awam.

Ia bagaimanapun memberi amaran risiko kepada kestabilan seperti hutang isi rumah yang tinggi hinggalah aliran modal yang rapuh, mesti dipantau rapi.

Perlindungan modal bank tinggi

Bagaimanapun, katanya risiko berkenaan dibendung oleh perlindungan modal bank yang tinggi, rizab antarabangsa yang mantap serta dasar kewangan serta monetari yang kukuh.

Beberapa dasar setakat ini telah membantu mengurangkan pertumbuhan kredit isi rumah serta harga rumah, tambahnya. 
Laporan FSAP itu menasihatkan supaya peraturan bagi insurans dan sekuriti terus diperkukuhkan manakala peraturan serta rangka kerja kawal selia Labuan IBFC perlu dipertingkatkan.

“Malaysia mesti mendapatkan semula ruang fiskalnya yang hilang selepas krisis kewangan global,” katanya dalam laporan Artikel IV Perundangan tahunan itu, sambil menambah yang komitmen pihak berkuasa terhadap pengukuhan fiskal jangka pendek perlu disertai pelan yang konkrit serta komprehensif.

Usaha pengukuhan mesti disokong pembaharuan berstruktur untuk menambah baik kecekapan dasar fiskal.

“Asas pendapatan mesti diperluas dan dipelbagaikan daripada hasil berkaitan tenaga, subsidi bahan bakar mesti digantikan secara berperingkat menerusi pemindahan sosial disasar manakala pengurusan kewangan awam mesti diperkukuh.”

Ia mengulas, dasar gaji minimum baru yang berkuat kuasa dari Januari serta pembaharuan lain untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial akan membantu merangsang pertumbuhan.

Dalam Artikel IV Perundangan itu, IMF mendapati dasar ekonomi makro Malaysia pada 2012-2013 ‘dirangka dengan baik’, merujuk kepada pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia yang agak bersesuaian bagi menyokong pertumbuhan dan inflasi di samping mengimbangi kebimbangan berhubung hutang awam.

“Sasaran defisit dilihat berdaya maju jika hanya terdapat ketirisan kecil dalam perbelanjaan semasa dan pembaharuan subsidi bahan bakar sederhana dilaksanakan pada separuh kedua 2013,” katanya.

Bagaimanapun, jika risiko penurunan tinjauan pertumbuhan benar-benar berlaku, Bank Negara mempunyai ruang yang kukuh untuk menurunkan kadar faedah dan membenarkan kadar tukaran asing bertindak sebagai penyerap tekanan.

Berhubung kejutan harga komoditi, IMF memberi cadangan supaya kadar tukaran asing mesti dibenar untuk diselaraskan.

“Jika kejutan menolak harga meningkat, dasar monetari yang diperketat mesti dipertimbangkan hanya jika pusingan kedua risiko kesan harga meningkatkan jangkaan inflasi,” katanya sambil menambah bahawa sebarang keuntungan pendapatan fiskal daripada harga komoditi lebih tinggi perlu disimpan.

Dari segi tinjauan, IMF mengunjurkan ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada 2013, dirangsang oleh permintaan domestik yang mantap serta peningkatan sederhana dalam eksport sementara inflasi dijangka kekal dibendung.

Ia berkata, pilihan raya umum yang mesti dibuat sebelum Jun ini bagaimanapun mungkin menyebabkan berlakunya keadaan tidak menentu pasaran dalam jangka terdekat.

Susulan rundingan IMF pada 2010 dan 2011, Malaysia bersetuju dengan keperluan pengukuhan fiskal serta menyasarkan defisit fiskal tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015 di samping mengurangkan hutang kerajaan kepada 40 peratus KDNK menjelang 2020.

No comments: