Tuesday, 26 March 2013

MALAYSIA BAKAL JADI 'RAINBOW NATION'....???


AIDCNews  – Agenda kesamarataan agama di Malaysia makin terserlah kata A.Karim Omar, Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) selepas pendakyah Kristian dilaporkan telah bersumpah mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Pelangi’ atau ‘Rainbow Nation’.

‘Negara Pelangi’ kata A. Karim bukan setakat bermaksud keharmonian antara agama di Malaysia, namun ia membawa maksud yang lebih halus khususnya dalam konteks penyamarataan agama.

“Sebaliknya jika difahami dan dikaji dengan lebih terperinci, ia menunjukkan penganut Kristian ini mahu menjadikan semua agama adalah setaraf iaitu tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

“Jika begitu, ia sangat bercanggah dalam perlembagaan negara. Yang jelas paksi negara kita ialah Islam, bukan agama lain.

“Tiada masalah jika mereka mahukan keharmonian antara semua bangsa, namun yang menjadi permasalahan apabila mereka mahukan penyamarataan antara semua bangsa dan agama,” ujarnya kepada Media Isma.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa helaian dokumen yang ditemui oleh Ustaz Muhammad Al-Amin di Palestin pada penghujung tahun lalu yang bertulis “We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” (Kami dekri dan mengisytiharkan bahawasanya Malaysia akan menjadi sebuah ‘Negara Pelangi’).

“Mana mungkin pendakyah Kristian mahu sama ratakan agama kerana sudah jelas dalam peruntukan perlembagaan negara Perkara 3 (1) iaitu Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan,” katanya lagi.

Menurut socialistreview.org.uk,rainbow nation‘ adalah konsep sebuah negara yang mengiktiraf kedudukan hak-hak LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di mana 7 warna pelangi,rainbow flagmerupakan simbol penjuangan gerakan tersebut.

No comments: