Tuesday, 31 July 2012

TAHUKAH ANDA 'DAGING HARIMAU MENANGIS'...???

daging harimau menangis
Gambar Hiasan

Daging lembu yang bercampur lemak tidak tepu atau dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’ menjadi rebutan pada bulan puasa memandangkan bahagiannya yang terhad pada seekor lembu.
Peniaga daging, Mohd Rozi Abdullah, 46 berkata, kebanyakan pelanggan di gerainya yang terletak di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini lebih gemar mendapatkan bahagian itu untuk dimasak secara bakar.
“Di Kelantan, daging ini lebih dikenali sebagai ‘daging senonok’ dan ada pula yang memanggilnya ‘daging batang pinang’ yang biasanya dibakar berempah untuk dijadikan lauk dalam nasi kerabu.
“Daging ini bercampur lemak tidak tepu dan ada juga di kalangan pelanggan yang gemar membakar daging ini untuk dicicah dengan air asam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mohd Rozi berkata, permintaan daging itu dua kali ganda pada bulan puasa berbanding hari biasa.
Menurutnya, daging tersebut dijual dengan harga RM20 sekilogram dan ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.\
“Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan biasanya bagi penggemar daging ini, mereka mendapatkannya seawal jam 8 pagi,” katanya.

Dia yang sebelum ini meniaga ayam di pasar itu (pada hari biasa) mengambil inisiatif meniaga daging lembu ‘harimau menangis’ bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Katanya, sejak meniaga daging tersebut bulan ini, ia memberi kepuasan kepadanya dan berhasrat meneruskan perniagaan berkenaan bergantung pada permintaan pembeli.

No comments: