R
KUALA LUMPUR - Bekas Penolong Gabenor Bank
Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada
pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun
sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul
Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperolehi oleh Bernama mengesahkan
bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan
pengendalian akaun-akaun itu.
Bagi
menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata:
“Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.
"Dan
saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika
dikehendaki."
Dalam
pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan
mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan
wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Pelbagai
pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan
mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. - BERNAMA