Sunday, 14 October 2012

RATU CANTIK KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga ratu cantik Arab Saudi 2012.Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga ratu cantik Arab Saudi 2012.
Riyadh: Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara. 

BONGKAR !!! KE ARAH MENGKRISTIANKAN MALAYSIA...... PART 1



Seperti yang kita lihat didalam arena politik di Malaysia pada hari ini, puak pembangkang yang pembangang berusaha dengan penuh keras untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional yang menerajui negara dalam acuan negara Islam.

PAS PERAK SEDANG BERGASAK SESAMA SENDIRI.... NIZAR vs ASMUNI AWI.....!!!!

           
PERRRGHHH ! INI BETUL BETUL SUDAH GAWAT. PERCAKARAN YANG SUDAH TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN. DUA TOKOH BESAR PAS DI PERAK BUKAN SEDANG BERKEMPEN UNTUK MENANG PILIHANRAYA, TAPI SEDANG BERGASAK SESAMA SENDIRI.

JOM TENGOK ! YANG DIKATAKAN JANGGUT TERBAIK DI DUNIA


Lelaki berusia 26 tahun ini telah berjaya memenangi World Beard and Mustache Championship. Kategori yang dimenanginya adalah  ‘janggut penuh dengan kumis gaya’.

SAYA CUMA MENYATAKAN PENDAPAT BERASASKAN ILMU DAN KEBIJAKSANAAN


Saifuddin Abdullah

SHAH ALAM - Datuk Saifuddin Abdullah menafikan beliau menyokong jutawan spekulator mata wang, George Soros ataupun Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagaimana didakwa segelintir beberapa pihak, sebaliknya hanya memberi pendapat dari perspektif politik baru.

KASIH SAYANG IBU TERHADAP PUTERI TUNGGALNYA YANG BAKAL DITINGGALKAN...


Setiap tahun, ratusan ribu wanita meninggal kerana kanser payudara. Penyakit itu pula yang menyerang salah satu wanita asal New Jersey, Meredith Israel Thomas. Doktor mengatakan kalau hidupnya tinggal tiga bulan lagi.

KENAPA DENGAN SAIFUDDIN NI...?

Photo: TIMBALAN MENTERI PERTAHANKAN MALAYSIAKINI DAN SOROS???

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah diminta tidak mengamalkan politik 'makan keliling' setelah mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada George Soros iaitu penyangak mata wang berbangsa Yahudi.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kenyataan yang dibuat beliau menerusi portal pembangkang yang dibiayai Soros, Malaysiakini, jelas membuktikan Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.

Beliau juga membangkitkan persoalan kemungkinan kenyataan itu menunjukkan Saifuddin yang diberi peluang berada dalam Kabinet tidak yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

''Kenyataan Saifuddin yang mengelirukan itu boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang sebenarnya mengundang bahaya kepada perjuangan UMNO dan BN sekarang.

''Saya percaya Saifuddin kini membeli 'insurans nyawa' daripada pakatan pembangkang dengan menonjolkan beliau sebagai pemimpin liberal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan Saifuddin yang mendakwa serangan dijalankan BN ke atas Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini.

Sementara itu, Muhammad Zahid turut mempersoalkan tindakan yang kononnya liberal tersebut telah memberi kebaikan kepada UMNO, sedangkan Suaram bersungguh-sungguh mahu mencemarkan nama baik negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

''Saya kecewa kerana siang malam TIBAI berceramah mendedahkan keburukan Suaram kepada rakyat tetapi Saifuddin pula bersikap lewah tentang pertubuhan tidak sah itu yang terbukti menjadi tali barut kuasa asing," jelasnya.

Mengulas perkara sama, beliau menegaskan, sebagai seorang pemimpin UMNO, Saifuddin perlu mempertahankan sebarang usaha memfitnah Presiden parti yang juga Perdana Menteri.

''Saya mahu bertanya kepada Saifuddin, di mana suara beliau ketika Suaram begitu ghairah memfitnah Najib atau adakah beliau sekarang merupakan alat perkakas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Mengapa Saifuddin begitu berminat mempertahankan Suaram dan Malaysiakini sedangkan Soros bertanggungjawab menyebabkan ekonomi negara hampir runtuh pada 1997," ujarnya.

Sumber: Utusan.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANKAN MALAYSIAKINI DAN SOROS???

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah diminta tidak mengamalkan politik 'makan keliling' setelah mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada George Soros iaitu penyangak mata wang berbangsa Yahudi.