Tuesday, 14 August 2012

SENATOR THAI TEMBAK MATI ISTERI GUNA MESINGAN...???

Senator Boonsong Kowawisarat
Mesingan seperti ini yang digunakan oleh Senator Boonsong Kowawisarat, kelmarin.

BANGKOK - Seorang ahli politik Thailand secara tidak sengaja melepaskan tembakan menggunakan mesingan, menyebabkan bekas isteri dan setiausaha peribadinya mati ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di utara negara itu.
Ketika kejadian, Senator Boonsong Kowawisarat sedang menikmati makan malam bersama Chanakarn Detkard dan empat yang lain, kelmarin.
Dia dilaporkan mengeluarkan mesin-gan  Uzi 9mm dan secara tidak sengaja melepaskan tembakan, kata polis.
"Senjata Senator Boonsong tiba-tiba melepaskan tembakan ketika dia hendak meletakkan senjatanya dalam kasing. Tembakan terkena setiausahanya yang turut berada bersamanya ketika makan malam," kata Lt Kol. Polis Choosak Pulsawat dipetik CNN.
Ahli politik itu dari wilayah Hong Song, berhampiran Myanmar, dikatakan berpisah buat sementara tetapi kebelakangan ini hidup bersama.
Laporan itu menyebut polis pada awalnya mahu mendakwa Boonsong kerana menyebabkan kematian dengan cuai tetapi tidak boleh menahannya kerana Parlimen Thailand sedang bersidang.
Dia boleh ditahan jika Parlimen membenarkan.
Laporan Bangkok Post dipetik berkata jika disabitkan kesalahan, senator itu boleh dihukum penjara 10 tahun dan didenda 20,000 baht.

TUKAR JANTINA DEMI BRITNEY

DEMI meniru imej Britney, Kara setakat ini membelanjakan hampir RM300,000 untuk pembedahan.
DEMI meniru imej Britney, Kara setakat ini membelanjakan hampir RM300,000 untuk pembedahan.


SEORANG lelaki yang terlalu meminati Britney Spears sanggup menjalani pembedahan menukar jantina bagi membolehkan impiannya kelihatan seperti penyanyi itu benar-benar menjadi kenyataan.
Kara Hays setakat ini membelanjakan lebih STG60,000 (RM 295,000) untuk mengubah jantina serta menanam implan buah dada. 


   
  • FotoKARA ketika berusia 13 tahun.
  • FotoKARA bersama bapanya.
Kara, 26, sebelum ini dikenali dengan nama Kody.

Hasil pembedahan dijalaninya, Kara kini memiliki rambut panjang perang yang hampir menyerupai penyanyi pop era 1990-an itu.

Kata Kara, apabila dia nekad menukar jantina dia bebas memilih imej yang ingin ditonjolkan pada dirinya.

“Apabila kamu berasa seperti seorang budak perempuan dalam tubuh budak lelaki, kamu cuba menjadi perempuan yang sebenar.

“Saya melihat Britney sebagai wanita yang kuat dan semua orang mahu berpacaran dengannya,” katanya.

Kara berkata, dia memberi perhatian kepada Britney dan Christina Aguilera sebagai inspirasi kerana kedua-duanya adalah bintang yang mencipta nama ketika dia di zaman remaja.

“Pada ketika itu, mereka menjadi perhatian remaja,” katanya.

Keadaan sama dihadapi golongan remaja hari ini yang memandang Lady Gaga dan Katy Perry sebagai idola.

Ketika memutuskan untuk menjadi perempuan dulu, kata Kara, dia berfikir imej yang ingin ditampilkannya.

Namun, kata Kara, bukan faktor populariti saja mendorong dia meniru Britney.
Kara berkata, dia pernah mengalami tekanan emosi ketika Britney berdepan dugaan dalam hidupnya.

“Malah ketika Britney mencukur kepalanya menjadi botak, saya turut melakukan perkara sama,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Kara berkata, perasaannya terganggu pada satu hari dan secara bersahaja pergi ke kedai gunting rambut.

Katanya, dia terus meminta pekerja di situ menjadikan kepalanya botak.

“Saya berfikir jika Britney memiliki kekuatan untuk melakukannya, saja juga mempunyai kemampuan sama,” katanya.

Walaupun orang ramai menganggap tindakan itu keterlaluan, katanya, Kara tetap berasa seperti “dibebaskan” daripada segala masalahnya.

Mengenai penampilan barunya, Kara berkata, ia akhirnya membawa kegembiraan selepas bertahun-tahun berasa tertekan.

Ketika berusia 12 tahun, Kara mengejutkan rakan sekelasnya ketika hadir di majlis tari-menari sempena Halloween dengan pakaian ketat seperti dipakai Britney dalam klip video Oops I Did It Again.

Kelakuannya ketika itu juga mencetuskan rasa marah di kalangan masyarakat konservatif di bandar di Ohio, AS.

Pada usia 15 tahun, ibu bapanya membenarkan dia bertemu doktor dan disahkan mengalami kecelaruan jantina.

Pada 1999, dia mula mengambil hormon wanita.

Selama beberapa tahun, payu dara Kody semakin membesar dan dia mula memakai pakaian wanita dengan lebih bebas.

Dia juga mula menggunakan nama Kara.

Pada 2002, Kara menjalani pembedahan selama 14 jam bagi menukar jantina dan memasukkan implan pada dadanya.

Setakat ini Kara membelanjakan hampir RM300,000 untuk mewarnakan rambutnya menjadi perang serta merapi dirinya sebagai “wanita sempurna.”

Menyimpan angan-angan menjadi pelakon, Kara berkata, dia terpaksa mematuhi peraturan dan kod pakaian seperti wanita lain.

“Saya berasa seperti terlalu diperhatikan dan sama sekali tidak boleh terbabit dalam sebarang skandal kerana diri saya ini sendiri satu skandal,” katanya.

Pada masa sama, kata Kara, dia berasa seperti melalui proses akil baligh sekali lagi.

Tidak lama selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, Kara mula cuba minum arak dan mengambil dadah, sebelum berpindah ke Los Angeles dalam usahanya mencapai impian sebagai pelakon.

Di situ, dia mula disangka Britney dan menimbulkan kekeliruan di kalangan paparazzi.

Kara akhirnya berpindah ke New York untuk mengikuti kursus seni drama selama setahun dan menamatkan pengajian itu tahun lalu.

Kini, dia sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang perhubungan awam. - DM



2 WARTAWAN DAKWA CEMUH PM MESIR

Wartawan Mesir


KAHERAH - Dua wartawan Mesir, Tawfiq Okasha dan Islam Afifi akan dihadapkan di mahkamah kerana memfitnah dan menghina Presiden Mohammed Mursi.
Tawfiq, yang memiliki stesen TV al-Faraeen dan juga hos satu program, berhadapan dengan dakwaan memfitnah.
Dia didakwa menghasut agar membunuh presiden, demikian menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya, Adel Saeed.
Islam pula, editor akhbar al-Dustour, dirujuk kepada mahkamah kerana menyebarkan maklumat palsu dan khabar angin yang mengancam keselamatan dan kestabilan negara dan kerana menghina Mohammed.
Tarikh perbicaraan belum diputuskan.
Bagaimanapun kes itu dilihat akan menarik perhatian dunia, yang ingin mengetahui kebebasan media di bawah kepimpinan Mohammed.
Mohammed mengangkat sumpah sebagai presiden baru Jun lalu.

DIPENJARA KERANA HINA ISTERI NABI MUHAMMAD SAW


DUBAI - Mahkamah Bahrain menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang lelaki Syiah kerana menghina isteri Nabi Muhammad S.A.W, Aisyah.
Dia dikatakan menghina keperibadian Aisyah.
Sebelum ini seorang lelaki Kuwait telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun Jun lalu kerana menghina Nabi Muhammad, isteri dan juga sahabat baginda.

KE MANA HILANGNYA AIS DI LAUTAN ARTIK...???



LONDON - Saintis mendakwa Lautan Artik yang dilitupi ais mungkin akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi ekoran meningkatnya pemanasan global yang mempercepatkan proses kecairan itu.

Kumpulan saintis dari Agensi Angkasa Lepas Eropah berkata, bongkah-bongkah ais di Artik sedang mencair dalam tempoh yang lebih cepat daripada apa yang dipercayai sebelum ini.

Menurut mereka, satelit baru yang mereka gunakan mendedahkan bahawa 900 kilometer kubik ais telah hilang sepanjang tahun lalu, ia 50 peratus lebih cepat daripada andaian semasa oleh pencinta alam sekitar.

Saintis turut berpendapat punca kejadian itu berlaku disebabkan peningkatan pemanasan global dan pengeluaran gas dari rumah hijau.

Mereka juga mendakwa, keseluruhan wilayah Artik akan bebas daripada ais jika andaian mereka ini terbukti tepat dan sekali gus akan mencetuskan situasi panik untuk menyimpan rizab minyak dan bekalan ikan di rantau itu.

"Analisis awal terhadap data yang kami perolehi menunjukkan kadar kehilangan ais di musim panas di Artik mungkin jauh lebih besar daripada yang kami jangkakan sebelum ini," kata Doktor Seymour Laxon dari Pusat Pemerhatian Kutub di Kolej Universiti London.

Saintis telah melancarkan CryoSat-2 pada 2010 dengan mengkhususkan kepada kajian terhadap ketebalan ais.

Kapal selam turut dihantar ke Lautan Artik dan mendapati kedalaman ais turut mengurang sekali gus menyebabkan paras air laut dunia meningkat.

Menurut CryoSat, data daripada eksplorasi mereka itu turut menunjukkan pada musim sejuk 2004, isipadu ais laut di bahagian tengah Artik dianggarkan 17,000 kilometer kubik, berbanding musim panas tahun ini iaitu hanya 14,000 kilometer kubik. - AGENSI

6 INDIVIDU SANGAT DIKEHENDAKI POLIS


6 individu dicari polis
Abdullah (kiri) menunjukkan gambar individu yang dicari oleh IPD Tapah.













TAPAH - Seorang wanita antara enam individu yang dicari polis bagi membantu siasatan terhadap enam kes jenayah di daerah ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superitenden Abdullah Arshad berkata, bagi kes pertama, seorang wanita yang dikenali sebagai Nora Mohd Nor, 30, dari Kampung Datuk Ahmad Said, Ipoh, dicari bagi membantu siasatan.
Katanya, wanita itu dipercayai terlibat dalam kejadian samun tanpa senjata di Kampung Haji Daud, Tapah Road, pada 17 Julai lalu bersama-sama seorang rakan yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang mangsa dan menyamun gelang emasnya.
Polis turut mencari Muhammad Nizal Husin Nordin atau lebih dikenali sebagai Boy berusia 29 tahun, berasal daripada Kampung Batu 3, Jalan Temoh, Temoh yang disyaki mencuri kabel.
Suspek merupakan penagih dadah tegar dan pernah terlibat dalam kes curi kabel dan pecah rumah di Temoh.
“Selain itu, pihak polis juga sedang mencari K Veerapan atau lebih dikenali sebagai Guna berusia 33 tahun berasal daripada Kampung Bedrock, Bidor yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di Bidor,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini.
Dalam perkembangan sama, pihaknya juga cari K Kaliapan atau lebih dikenali sebagai Ragu, berusia 33 tahun, berasal daripada Kampung Bedrock, Bidor bagi bantu siasatan polis dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar juga kawasan Bidor.
Beliau berkata, IPD Tapah turut mencari seorang lelaki dikenali sebagai K Ravindran atau dikenali sebagai Ravi, 29, dari Ladang Bedrock, Bidor yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki pada bulan Mei 2006 di Batu 2, Jalan Bidor, Tapah.
Sementara seorang lagi suspek K Nanthan atau dikenali sebagai Prabu, 29, berasal dari Ladang Bedrock, Jalan Sungkai, Bidor, yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki pada bulan Mei 2006 di Batu 2, Jalan Bidor, Tapah, juga.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau balai polis berdekatan,” katanya.

MALAYSIA AKAN DESAK OIC SELAMAT SYRIA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

MAKKAH - Malaysia akan mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengambil langkah serius untuk menyelamatkan Syria daripada terus hancur akibat konflik yang melanda negara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menyuarakan pendirian dan gesaan itu dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah yang bermula hari ini.
"OIC perlu mengambil langkah positif dan lebih tegas untuk menyelamatkan Syria dan bukan sekadar mengambil tindakan politik sahaja," kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri mengetuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC anjuran Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud dan persidangan itu bertujuan membincangkan situasi terkini di negara dan dunia Islam dengan hasrat mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia dan memerangi unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan.
Persidangan itu berlangsung di As-Safa Palace yang terletak bersebelahan Masjidil Haram dan bermula selepas solat tarawih sehingga waktu bersahur.
Mengenai laporan media yang memetik bahawa Syria digantung daripada menganggotai OIC, Najib berkata perkara itu juga akan dibangkitkan dalam mesyuarat malam ini dan pendirian Malaysia ialah mahu Syria terselamat daripada kehancuran dan OIC harus membela nasib umat Islam di negara yang sedang bergolak itu.
Setiausaha Agung OIC Ekmeleddin Ihsanoglu dipetik oleh AFP sebagai berkata Syria yang sedang dilanda peperangan tidak akan diwakili dalam sidang kemuncak itu.
Konflik di Syria bermula pada Mac 2011 dengan tunjuk perasaan awam iaitu sebahagian daripada kebangkitan 'Arab Spring' yang lebih meluas dan merebak kepada pemberontakan di seluruh negara, serta perang saudara pada 2012.
Penunjuk perasaan mendesak supaya pemerintahan Parti Ba’ath yang berkuasa hampir lima dekad ditamatkan lebih awal di samping peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad.
Kerajaan Syria mengerahkan angkatan tenteranya untuk menumpaskan pemberontakan itu dan tentera dilaporkan diarahkan supaya melepaskan tembakan ke arah orang awam.
Konflik 17 bulan itu mengorbankan lebih 21,000 orang, menurut kumpulan pemantau.-Bernama