Thursday, 31 May 2012

CERAMAH UMNO DISERANG SAMSENG PR..!!!!



Sebentar tadi (sebelum tengah malam)  berlaku satu pergelutan dimana beberapa samseng PAS Sungai Rapat telah menceroboh dan memasuki kawasan ceramah UMNO. Apabila dihalang salah seorang yang dipercayai ketua samseng ini telah mencekik petugas dalam tapak ceramah UMNO.

Beberapa samseng telah dikenalpasti seperti Haji Ali Bin Hussin yang bersongkok putih, Azizul Nizam pekerja Public bank Jalan Yang Khalsom, seorang pemuda yang hanya dikenali nama Paeh tuanpunya blog Batu Gajah Mari dan beberapa samseng telah memasuki ruang tempat duduk wanita cuba membuat kekecohan ketika YB Dato Hamidah Osman sedang berceramah.

Perbuatan biadap ini mencerminkan Radhi Zainon dan Lee Bon Chye terlalu takut dengan isu Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman dimana mereka mahu Sekolah Agama Rakyat itu diruntuhkan.

Kejadian agak tegang apabila gambar dibawah ditayangkan di skrin di tapak ceramah UMNO.




Gambar ini diambil daripada suratkhabar Nanyang Siang Pau hari ini menceritakan bahawa Pas dan PKR membantah sekeras-kerasnya pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman.


GEMPAR!!! TOKOH AGAMA KESAL BERJUANG DENGAN PAS..!!!




TUMPAT - Seorang tokoh agama di negeri ini melahirkan rasa kesal kerana pernah terlibat dalam perjuangan Pas yang menggunakan 'syurga dan neraka' untuk meraih sokongan rakyat.


Mudir Pondok Lambor, Mohd. Zin Abu Bakar berkata, beliau menyedari penyelewengan yang dibawa oleh Pas itu selepas melihat pemimpinnya semakin ghairah menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis untuk menghalalkan cara.






Menurut beliau, tiada sesiapa pun yang boleh menghukum mana-mana individu untuk masuk syurga atau neraka di akhirat kelak.


"Saya menyedari terlalu banyak penyelewengan agama yang dilakukan oleh Pas sejak bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir dipecat daripada jawatannya pada 1978. Muhammad adalah seorang pemimpin yang baik.


"Sejak itu saya menyedari Pas semakin menyimpang dan hari ini saya menyeru umat Islam supaya menolak Pas kerana ia semakin jauh daripada perjuangan Islam sehingga sanggup menolak perpaduan dengan saudara seagama.


"Malah, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dia lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada bersahabat dengan UMNO, apakah ini ajaran Islam sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.


Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas sebelum ini menegaskan bahawa parti itu tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.


Mengulas lanjut Mohd. Zin berpendapat, UMNO tidak pernah menolak Islam seperti yang sering didakwa oleh Nik Abdul Aziz.

Wednesday, 30 May 2012

HALALKAH RASUAH BOLASEPAK MALAYSIA..???

ISU rasuah yang membelenggu arena bola sepak negara kini jelas menggusarkan peminat tempatan yang selalu mengikuti perkembangan sukan nombor satu di Malaysia ini.

Mencegah lebih baik daripada merawat adalah perumpamaan terbaik dapat digunakan supaya gejala jijik ini dapat dikawal, sekali gus menghalangnya daripada membunuh arena bola sepak tempatan.

Pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim ketika dihubungi Sinar Harian semalam berkata, rasuah bukanlah suatu perkara baru kerana ia telah berlaku sejak 1970-an apabila akhirnya penonton mengambil keputusan memulaukan pasukan termasuk perlawanan yang diadakan.




Kay Kim gusar isu rasuah bola sepak 

“Perkara sama juga dapat dilakukan oleh peminat kini dengan memulaukan perlawanan mahupun pasukan seandainya terdapat unsur penipuan supaya memberi pengajaran kepada pemain mahupun mereka yang terlibat.

“Jika rasuah masih berlarutan, penonton akhirnya akan kecewa dengan pasukan dan memberi kesedaran kepada pemain supaya bermain dengan ikhlas dan bersungguhsungguh dalam perlawanan,” katanya ketika mengulas mengenai pendedahan akhbar ini semalam mengenai pemain dalam sebuah pasukan di utara Semenanjung dikhuatiri terlibat dengan rasuah kerana gagal mempamerkan aksi sebenar meskipun pernah mewakili negara di pentas antarabangsa.

Mengakui tawaran yang diberikan dalam jumlah yang tinggi, beliau menyifatkan ia antara penyebab pemain mahupun pengadil sukar untuk menolak ganjaran ditawarkan dengan memastikan perlawanan berlangsung mengikut percaturan yang telah sedia dirancang.

“Penonton mahupun penyokong kini sudah semakin bijak untuk menilai, meskipun mereka tetap hadir ke stadium tetapi sekadar tanda sokongan kepada negeri masing-masing,” katanya yang mengakui gusar mengenai mutu bola sepak tempatan kini.

Semalam, akhbar ini melaporkan sebuah pasukan bola sepak negeri di utara Semenanjung berkemungkinan terlibat skandal rasuah dengan sengaja tewas dalam perlawanan walaupun dibarisi pemain yang pernah bermain di pentas antarabangsa.

Bagi rekod, Liga Malaysia pada 1994 pernah dipalit titik hitam apabila seramai 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan. Akibatnya 58 daripada mereka dikenakan hukuman gantung selama satu hingga empat tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  -   Sinar Harian

Seramai 21 pemain dan jurulatih diberhentikan, manakala beberapa pemain dibuang daerah dan seumur hidup tidak dibenarkan menyertai pertandingan bola sepak kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

KEMPEN PRU 13 : SPR LARANG GUNAKAN LUKISAN KARIKATUR..???!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.

Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama itu.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kita tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara seperti itu, SPR tidak akan benarkan.

"Jadi, SPR akan memberi tumpuan kepada bahan-bahan kempen yang melanggar seksyen itu pada pilihan raya umum nanti," katanya selepas taklimat kepada Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) peringkat negeri Johor di Senai di sini hari ini. - UTUSAN

WWW 1 : NIZAR PANAS BONTOT DISIASAT POLIS JOHOR BAWAH AKTA HASUTAN....

Nizar muka seposen.....

Polis Johor berkata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor.

Polis Johor menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat selepas lima laporan dibuat di negeri itu berhubung perkara berkenaan sejak semalam.

Laporan The Star menyebut, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan bahawa pasukan petugas telah memulakan siasatan.

“Kami akan menyiasat perkara ini secara telus dan profesional. Marilah kita menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan yang tidak wajar untuk memastikan keadilan dilakukan untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Kelmarin, Nizar mengkritik mengenai bidaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar untuk mendapatkan WWW 1, menerusi akaun Twitter beliau.

Sultan Johor membida nombor itu pada harga RM520,000.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsul Bari Jamali menambah, Nizar sepatutnya perlu meneliti fakta sebelum membuat sebarang komen.

Beliau berkata, kerabat diraja Johor sentiasa bermurah hati untuk menderma kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim bagi membantu pembangunan negara dan memperbaiki hidup rakyat.

Dalam mesej Twitter lewat kelmarin, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

"Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim," titah baginda menerusi mesej Twitter lewat semalam.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Dalam mesej itu, baginda juga bertitah bahawa wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

"Tujuan yayasan-yayasan ini ialah untuk membantu rakyat dan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor," kata Tunku Ismail sambil menambah, baginda sendiri, sejak menjadi Raja Muda, tidak mengambil "satu sen pun daripada kerajaan, sehingga ke hari ini."

Laman web jabatan Pengangkutan Jalan (www.jpj.gov.my) semalam mengatakan Sultan Ibrahim sebagai pemenang dan mengalahkan 9998 orang yang membida no plat WWW1 dengan tawaran kemenangan sejumlah RM520,000.

BEREBUT KERUSI PM ~ PAS, DAP CUBA TIKAM BONTOT ANWAR..!!!


Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raua umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka.

Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

Maksud beliau, DAP, dengan bantuan sekutu rapatnya, PAS, sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya, walaupun tanpa sokongan PKR.

Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.

Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Rakyat ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat.

Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP, Mursyidul PAS, Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam, tidak kira apa bangsa sekali pun.

Dalam polemik PM yang berlaku sekarang, Anwar tidak berani berkata sepatah pun, malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan, Anwar tidak mahu memberi sebarang komen, namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.

Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang, bukan sekali tetapi beberapa kali.

Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum.

Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya, betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.

PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM.

Bagi Karpal dan Nik Aziz, PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.

Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas), PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP.

PAS dan DAP pula tidak mungkin berdiam diri kerana mereka berfikir sebagai parti yang lebih besar, lebih lama dan lebih tersusun organisasi serta disiplinnya, hak menjadi PM seharusnya jatuh kepada mereka.

Bekas senator dan mantan Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, secara sinis membayangkan senario di mana Anwar, Lim Kit Siang (mungkin juga Karpal) dan Abdul Hadi Awang (atau Nik Aziz) akan bergegas ke Putrajaya untuk menuntut jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Akhirnya kata Tunku Aziz lagi, negara akan terjerumus dalam krisis yang amat serius disebabkan perebutan jawatan tersebut yang bukan sahaja menjadi impian Anwar, malah juga Kit Siang dan Abdul Hadi. 

Gambaran ini tidak mustahil berlalu melihat kepada insiden rusuhan yang berlaku semasa Bersih 3.0.

Pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk memporak perandakan negara yang aman dan makmur ini tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Sanubari pemimpin pembangkang dipenuhi dengan cita-cita politik rakus dan kepentingan masing-masing.

Bagi mereka rakyat hanya tunggangan yang digunakan untuk meraih undi dan sokongan, dan akan dicampak ketepi pabila mereka sudah menikmati kuasa.

Namun impian Anwar mahupun Karpal atau Nik Aziz untuk mengecapi jawatan PM hanya mainan mimpi di siang hari atau lebih tepat 'syok sendiri'.

Daripada sokongan yang semakin melonjak kepada pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM, rakyat sedari awal sudah membuat keputusan bahawa mereka mahukan permata bernilai bukannya kaca tiruan.

'KAILKAN' DIRI SENDIRI HANYA KERANA IKAN YU....!!!

Protes Penangkapan Ikan Yu

Seorang gadis bertindak berani dengan mempamerkan tanda protesnya terhadap penangkapan ikan yu yang dilakukan secara berleluasa hingga boleh mengancam dan menyebabkan habitat ikan yu menjadi pupus.
Cuma, aksi protes di gadis tersebut mengundang perasaan ngeri dan takut kepada penonton-penontonnya.
Alice Newstead gadis yang berasal dari Amerika telah menggantungkan dirinya dengan kail yang sama digunakan untuk memburu ikan yu.
Alice telah mencucukkan kail itu dibelakang badannya iaitu di tulang belikat dan mengantungkan dirinya seolah-olah seperti ikan yu sedang berenang.
Tindakan protes itu dilakukan di Butik Kosmetik LUSH di negara tersebut.
Ngeri. Memang ngeri!
 Ikan Yu

 Ikan Yu

 Ikan Yu

 Ikan Yu

 Ikan Yu

Sumber: borakkosong.com