Sunday, 25 March 2012

UBAH SUAI PEJABAT HASSAN ALI : MB SELANGOR SAHKAN AZMIN ALI PEMBOHONG MACAM BOSNYA JUGAK!!!

 

MB Selangor yang sama kem dengan Azmin sahkan Azmin ni memang penfitnah. Lebih buruk bila fitnah ini disebarkan di Dewan Undangan Negeri.

Memang kaki fitnah puak-puak PKR, DAP dan PAS ni. Kalau tak percaya, cuba tengok video ni pulak.


***Melayu ni kaya bidalan dan pepatah juga peribahasa...... antaranya yg selalu di sebut ramai adalah.... CAKAP SIANG PANDANG2, CAKAP MALAM DENGAR2, CAKAP SUBUH & MAGHRIB (yg ni penulis tambah) PANDANG & DENGAR....

MAKAN GAJI BUTA.... DENGAN MEMBUTA!!!!

 

PENGUNDI DI NEGERI LAIN..... BANDINGKAN GAJI ANDA SEBULAN DENGAN GAJI YG DITERIMA OLEH MEREKA.  BANDINGKAN CARA ANDA BEKERJA DAN MEREKA BEKERJA.
SO.....
PRU13...
UNDILAH PKR JIKA RASA GAJI YANG MEREKA TERIMA ITU SANGAT SETIMPAL DENGAN TUGAS MEREKA..!!!

Saturday, 24 March 2012

DEMI KUASA : PAS BUTAKAN MATA, PEKAKKAN TELINGA...!!!

YB Jason Ong: Memakai Songkok Kerana Terpaksa & Lakonan

Kenyataan Ketua PKR Cabang Bukit Bendera,P.Pinang yang bernama Jason Ong yang mahukan supaya PKR dan DAP bergabung supaya Pas sukar untuk membentuk kerajaan Islam di negeri ini amatlah dikesali. Jason juga adalah ADUN PKR Kawasan Kebun Bunga. 

Kata Jason jaga, penggabungan itu juga akan mengatasi permasalahan dalam pembahagian kerusi di antara ketiga-tiga parti berkenaan.Nampak sangat PAS akan diketepikan secara sikit demi sedikit cuma juak PAS je masih duk mimpi tak nampak apa yang geng pakatan nak pekena mereka! 

***Demi kuasa.... pekakkan telinga..butakan mata sahaja.... alahai... besar manakah kuasa PAS di dalam PR..???

ANWAR TERANCAM : SHABERY DI HALANG DI PERMATANG PAUH..!!!

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery yang juga bapa angkat kepada UMNO bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Ahmad Shabery berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster. - BERNAMA

NALLA TIDAK HERAN NOTIS... MINTA DI SAMAN..!!!

 

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa beliau sudah dapat tutup mulut Senator Datuk S Nallakarupan yang dakwanya biseksual dengan menghantar notis 48 jam tuntutan RM100juta Khamis lalu…nampaknya beliau silap besar.Pagi Sabtu bekas rakan tenis Anwar semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu,tampil adakan sidang akhbar bersama rakan-rakannya Senator Ezam Mohd Nor,Ummi Hafilda dan Anuar Shaari.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur yang dihadiri ramai wartawan dan jurugambar itu Nalla menegaskan beliau TAK AKAN LAYAN notis tuntutan itu dan kini tertunggu-tunggu surat saman segera dari Anwar agar mereka dapat bersemuka di mahkamah.Serentak dengan itu beliau mendakwa notis tuntutan itu hanya gempak ‘cover line’ Anwar untuk tunjuk kepada rakyat beliau sudah ambil proses undang-undang terhadap dakwaan itu semata-mata kerana pilihanraya umum ke 13 sudah dekat.Katanya Anwar pernah menghantar satu notis seumpama itu pada satu dakwaannya yang lain tidak lama dulu tetapi beliau tidak ambil langkah followup untuk samannya.

Isnin lalu,dalam sidang akhbar Nalla secara terbuka dakwa Anwar biseksual dan mahu beliau menyamannya jika itu fitnah.Esoknya, Naib Presiden PKR yang juga seorang peguam, N Surendran buat kenyataan kata Anwar akan hantar notis tuntutan RM100 juta kepada Nalla.Turut kena notis berkenaan ialah akhbar Utusam Malaysia yang menyiarkan dakwaan Nalla.Nalla kata beliau terima notis 48 jam itu Khamis.

Ezam pula memberitahu selain notis yang tidak ada followup pada Nalla tidak lama dulu …perkara sama juga berlaku pada notis Anwar pada Dr Chandra Muzaffar.Bekas Setiausaha politik Anwar itu yang turut dakwa Anwar biseksual kata bekas bosnnya itu hingga ke hari ini tidak ambil langkah membatalkan perkara dalam keputusan bertulis tiga hakim ke liwat pertama dulu yang kata kejadian liwat berlaku.Katanya jika tidak betul dakwaan itu,Anwar sepatutnya sudah mengarahkan peguamnya meminta mahkamah membatalkan perkara itu dalam keputusan bertulis berkenaan.

Ummi Hafilda yang menyifatkan sidang akhbar bersama mereka itu sebagai tanda bermulanya ‘ perang nuklear’ terhadap Anwar...secara terbuka mendakwa beliau mempunyai bukti gambar yang diambilnya sendiri menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama isteri Azmin Ali yakni Shamsidar Taharin.Dakwannya Anwar yang waktu itu Timbalan Perdana Menteri pergi ke situ menaiki kereta Nalla.Nalla,Ezam,Ummi dan Anuar pada sidang akhbar itu juga secara bersama berikrar untuk terus berperang membuat pendedahan selanjutnya hingga menjelang PRU13 agar rakyat tahu perangai sebenar Anwar.

Sumber Agendadaily  

Friday, 23 March 2012

APA MOTIF HARGA UBAH SUAI PEJABAT HASSAN ALI DIPERSOALKAN SEKARANG..???

Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) hari ini membidas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang membangkitkan perkara Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membelanjakan RM300,000 mengubah suai pejabatnya ketika menjadi Exco kerajaan negeri dua tahun lepas.


Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) mencelah ucapan Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bertanyakan mengapa ia ditimbulkan sekarang, tidak semasa Hasan masih Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.


Hasan (Bebas-Gombak Setia) dipecat daripada Pas awal Januari lepas setelah beliau dikatakan membuat pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan pendirian Pas.


Menurut Subahan, perkara itu dibangkitkan kerana wakil Gombak Setia itu telah dipecat.


"Dua tahun lepas Barisan Nasional pernah membawa isu ini tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri, tetapi apabila Hasan bertukar haluan perkara itu dibangkitkan semula,” katanya.


Mohamed Azmin yang membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada perasmian sidang Dewan itu, menjawab bahawa siasatan dilakukan secara audit dalaman. – BERNAMA

'FEEL GOOD FACTOR' PM

 

Bila pilihanraya? Sekali lagi Datuk Seri Najib Tun Razak ditanya mengenai soalan popular itu.Ini semasa sesi temuramah beliau dengan stesen radio berbahasa Cina 988 FM pagi Khamis.

Pengacara radio itu ingin tahu apakah ia ada kemungkinan pada bulan Mei atau Jun ini.

Dari jawapan yang Perdana Menteri berikan berbagai andaian boleh dibuat darinya.

Ada pemerhati yang tidak nampak kemungkinan bulan Jun ini seperti yang hangat diramalkan kebelakangan ini.

Dalam jawapannya Perdana Menteri jelas berkata penentu tarikh PRU13 bergantung kepada banyak faktor.

Kataya beliau masih lagi menilai situasi.

Beliau secara spesifik menekankan waktu yang paling sesuai ialah bila tahap keyakinan rakyat pada kerajaan dan feel good factor tinggi.

Katanya ia juga bergantung kepada kemampuan kerajaan menyelesaikan beberapa isu yang belum beres.

Sebelum ini Najib pernah berkata beliau ingin melihat dulu pelbagai program pentabirannya menampakan kesan dan dirasai rakyat.

Apakah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia,Kedai Rakyat 1Malaysia,Klinik 1 Malaysia dan sebagainya sudah cukup menzahirkan ' feel good factor' dikalangan rakyat yang dimaksudkan Najib itu?

Selain membuat pelbagai pengumuman program dan dasar baru kerajaan,Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bergerak [I]hand in hand[/I] ' pusing keliling' satu Malaysia kebelakangan ini.

Banyak spekulasi menjurus kepada pergerakan mereka bertemu rakyat secara langsung khususnya pada setiap hujung minggu sekarang.

Namun ada pemerhati yang menjangka banyak lagi ' bom'  yang akan dilontar oleh Najib dan Muhyiddin dalam menyegarkan angin ' [I]feel good factor[/I]' yang dihajatkan.

Secara umumnya kerajaan tidak banyak berdepan dengan isu kecuali NFC yang masih hangat diperbualkan.

Datuk Seri Shahrizat Jalil,isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail sudah mengumumkan akan letak jawatan bila tempoh Senator beliau tamat pada 8 April ini.

Perdebatan politik ini bertumpu kepada soal samaada Shahrizat perlu letak jawatan Ketua Wanita UMNO atau tidak sekalipun secara prinsipnya beliau tidak ada kaitan langsung dengan isu NFC.

Terbaru ia dihangatkan dengan kenyataan Naib Ketua Wanita Datuk Kamalia Ibrahim dalam interbiu dengan akhbar The Star yang mahu beliau letak jawatan untuk ' memudahkan' pergerakan itu turun ke bawah berkempen.

Kalau pembangkang masih hendak terus main isu kilang proses nadir bumi ,Lynas di Gebeng,Kuantan,Najib telah memberi jawapan yang tegas dalam interbiu dengan 988 FM itu.

Katanya apa yang dimainkan oleh pembangkang kebelakangan ini cuma sentimen politik.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan hanya akan batalkan projek gergasi itu jika ada bukti kukuh dari segi saintifik ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Katanya kerajaan tidak akan berkompromi jika ia didapati terbukti dati segi santifik boleh membawa mudarat.

Dewan Rakyat Selasa telah meluluskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas.

Pembangkang sekali lagi main sandiwara menolak dan memboikot penyertaan dalam jawatankuasa berkenaan.

"Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas."Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi," kata Najib.

Menurut beliau dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas ini digunakan untuk tujuan politik.

"Apa yang bermula hanya sebagai satu isu alam sekitar telah menjadi isu politik. Ini amat mengecewakan.Kita perlu adakan dialog ini dan melibatkan orang ramai sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad. Tapi saya boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa keselamatan mereka tidak sekali-kali akan dipertaruhkan," katanya.

Perdana Menteri berkata pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas bertujuan melihat langkah-langkah yang kerajaan boleh ambil bagi menangani sebarang kebimbangan rakyat.

Ketika ditanya sama ada perakuan-perakuan jawatankuasa itu akan dilaksanakan, beliau berkata : "Kita mahukan bukti saintifik, dan jawatankuasa ini adalah satu daripada kaedahnya. Adalah diharapkan satu penilaian objektif mengenai projek ini dapat dibuat.

"Yang pasti ialah terdapat satu tanggungjawab moral yang kuat, namun kita tidak terikat dengannya daripada segi undang-undang, tetapi akan dijadikan asas kukuh untuk kita membuat keputusan," katanya.

Bagaimana tentang soal calon BN untuk PRU13?

Menjawab soalan pengacara 988 FM Najib berkata beliau sedia mengambil risiko tidak akan calonkan semula wakil rakyat BN yang tidak perform dan tidak winnable.

Perdana Menteri sedar ada nanti yang merasa kecil hati namun beliau tidak ada pilihan dalam memastikan calon-calon yang selari dengan kehendak pengundi sahaja yang akan turun padang mewakili BN dalam pilihanraya mencabar ini.

Kepada satu soalan lain samaada beliau mempunyai 'kawan sejati',Najib berkata beliau tidak kisah 'hilang kawan' mereka yang merasa kecil hati semata-mata kerana kehendak politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dapat dipenuhi.

Katanya beliau mempunyai sebilangan kawan baik yang bersedia untuk mengetepikan agenda politik dan peribadi.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada juga yang mempunyai kepentingan dan matlamat dalam politik.

“Katakanlah,seorang wakil rakyat itu tidak diingini, saya perlu mendengar rakyat.Tetapi apa yang diamati, saya akan dipersalahkan sedangkan rakyat yang tidak mahu mereka,"ujarnya.

Katanya hajat pentabiranya ialah membawa Malaysia melangkah ke depan.

Apapun Perdana Menteri berkata untuk membolehkan matlamat itu tercapai BN harus memenangi pilihanraya umum akan datang. AGENDADAILY