Thursday, 29 December 2011

INI DIA PEMBELA PALING AGONG, ANWAR...!!!!!!!!!

Human Rights Watch : Gugurkan Kes, Kerana 

Anwar Meliwat Suka Sama Suka

George Soros Penaja Human Rights Watch
New York – Human Rights Watch (HRW) berkata kerajaan Malaysia perlu menarik balik undang-undang warisan era penjajah yang mengkategorikan sebagai jenayah sebarang perlakuan seksual di antara manusia sejenis.
Menurut badan tersebut pihak berkuasa perlu menggugurkan kes jenayah terhadap ketua pembangkang dan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang kini sedang menunggu keputusan mahkamah berikutan perbicaraan yang bermula pada Februari 2010.
“Kerajaan Malaysia menggunakan undang-undang liwat yang ketinggalan zaman bagi tujuan memfitnah pembangkang dan mereka yang mengkritik,” kata Phil Robertson, timbalan pengarah Human Rights watch bagi rantau Asia.
Phil Robertson (kanan) beri anugerah 'kebebasan media' kepada Zunar di Thailand
“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain.”
Pada 28 Jun, 2008, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang pada waktu itu berusia 23 tahun dan bertugas sebagai pembantu Anwar, telah membuat laporan polis mengadu bahawa Anwar dengan paksa telah melakukan liwat ke atasnya dua hari sebelum itu.
Pertuduhan kemudian ditukar menjadi liwat suka sama suka, setelah pihak berkuasa mendapati Anwar yang berusia 60 tahun dan mengalami sakit belakang, tidak mampu secara fizikal memaksa seorang anak muda seperti itu diliwat tanpa izin. Pihak pengadu berjaya mengelakkan diri daripada pertuduhan kerana dia telah membuat laporan insiden tersebut, selain menegaskan dia memerlukan perlindungan.
Anwar dibicarakan di bawah Seksyen 377 Kanun Jenayah Malaysia yang melarang “perhubungan jenis di luar tabii.” Undang-undang tersebut merupakan warisan peninggalan pemerintahan penjajah British yang digubal pada pertengahan kurun ke-19. Jika didapati bersalah yang dituduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Berikutan itu, tokoh-tokoh terkemuka Komanwel yang turut dianggotai Malaysia, mendesak supaya negara itu memansuhkan undang-undang liwat semasa sidang kemuncak CHOGM di Brisbane, Australia baru-baru ini.
Sebagai sebuah negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia telah bersetuju untuk “mempertahankan sebaik-baiknya usaha mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.” Langkah membatalkan undang-undang liwat itu akan dilihat sebagai konsisten dengan janji Malaysia sebagai negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia, kata Human Rights Watch.
Pada 1994, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, yang merupakan badan kepakaran Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengawasi hak-hak politik dan sivil memutuskan bahawa undang-undang liwat tersebut melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi.
Prinsip-prinsip Yogyakarta (Yogyakarta Principles), yang merupakan satu set prinsip perundangan antarabangsa mengenai pelaksanaan undang-undang berhubung sebarang perlanggaran hak asasi manusia berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina, menggesa semua negara ahli supaya, “memansuhkan segala undang-undang yang menganggap sebagai jenayah aktiviti seksual sejenis secara suka sama suka di kalangan orang dewasa.”
Satu laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikeluarkan pada 11 November yang akan dibentangkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia pada Mac 2012, mencadangkan supaya negara-negara anggota Bangsa-Bangsa Bersatu “memansuhkan undang-undang yang mengkategorikan pelaku homoseksual sebagai penjenayah bersabit perlakuan seksual sejenis secara suka sama suka.”
Dalam konteks ini, keperluan peradaban budaya atau sebarang desakan pengecualian berasaskan sosial tidak boleh mengatasi atau menolak standard-standard hak asasi manusia antarabangsa.
Program Tindakan dan Deklarasi Vienna yang diterima secara konsensus pada Persidangan Dunia Mengenai Hak Asasi Manusia pada 1993 memperuntukkan bahawa, “Adalah menjadi tanggung jawab sesebuah negara, tanpa mengambil kira sistem politik, ekonomi atau budaya untuk mempromosi dan melindungi semua bentuk hak asasi manusia dan kebebasan asas.”
Dalam kenyataan beliau sempena Hari Hak Asasi Manusia 2010, Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon telah menolak sebarang diskriminasi berdasarkan orientasi seksual serta identiti jantina, dan berkata bahawa, “Di mana berlaku ketegangan di antara sikap budaya dan hak asasi manusia sejagat, hak tersebut perlu diutamakan.”
Ini kali kedua Anwar Ibrahim ditangkap bersabit dakwaan melakukan liwat. Dalam perbicaraan liwat sebelum ini yang membawa kepada hukuman penjara sembilan tahun ke atas beliau pada tahun 2000, apa yang jelas hak beliau telah dicerobohi.
Sewaktu ditangkap pada 20 September, 1998, Anwar dibelasah oleh Ketua Polis Negara pada waktu itu hingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian muka. Di antara perlanggaran hak pada waktu itu termasuk ketiadaan ruang untuk mendapatkan bantuan peguam, selain berlakunya intimidasi dan ugutan terhadap para peguam beliau, dan beberapa masalah serius berhubung bahan-bahan bukti yang dikemukakan pihak pendakwa.
Hukuman bersabit kesalahan itu dibatalkan pada 2004.
Robertson berkata, “undang-undang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.
“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi dalam mana diskriminasi dan penyalahgunaan kuasa dibenarkan berlaku. Kesemua hak-hak individu dalam hal ini tidak akan dapat dihapuskan begitu saja dengan cara berpandukan peradaban budaya, tradisi atau pun pegangan kepada prinsip agama.” – hrw.org

HUMAN RIGHTS WATCH SAHKAN ANWAR BERSALAH MELIWAT SAIFUL..!!!




Laman web rasmi Human Rights Watch menyiarkan artikel berbentuk kecaman terhadap Malaysia kerana mengamalkan undang-undang berlandaskan Islam yang mengharamkan liwat atas alasan ia ketinggalan zaman.
Tajuk artikel tersebut iaitu “Malaysia: Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim”, dengan sendirinya mengesahkan bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks sejenis atau liwat.
Sekali gus, mengesahkan juga bahawa segala tuduhan fitnah dan konspirasi terhadap kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir selama ini, hanyalah rekaan Anwar semata-mata. Begitu juga dengan tuduhan kononnya sistem kehakiman Malaysia adalah berat sebelah.
Adalah difahamkan bahawa gerakan membebaskan Anwar yang dirancang pada 9 Januari ini juga dikatakan akan melibatkan golongan pengamal seks songsang (LGBT) yang akan turut bangkit menuntut hak mereka dengan sama-sama berdemonstrasi dengan penyokong Anwar secara serentak atau berperingkat-peringkat.
Nampaknya Anwar tidak lagi berusaha menyembunyikan dirinya yang sebenar atau seperti kata orang putih ‘coming out of the closet’. Dia kelihatan semakin yakin menonjolkan dirinya sebagai pengamal seks songsang yang bertentangan dengan Islam.
Mungkin keyakinan ini ada kena mengena dengan laporan akhbar mengenai peningkatan jumlah golongan gay di Malaysia.
Jika diamati hujah-hujah pembelaan dirinya di mahkamah juga kita akan mendapati bahawa Anwar tidak bersungguh-sungguh cuba menafikan yang dia meliwat tetapi hanya cuba menekankan bahawa liwat tersebut adalah atas dasar suka sama suka.
Berdasarkan fakta ini, serta bersandarkan sokongan terbuka ahli-ahli politik dan NGO luar negara yang lantang memperjuangkan hak asasi golongan LGBT termasuk Human Rights Watch, kita akan mendapati bahawa Anwar sebenarnya secara halus telah lama mengakui dirinya seorang peliwat.
Malangnya, penyokong-penyokongnya masih ramai yang buta akan apa yang Anwar cuba jelaskan kepada mereka. Ramai yang masih menyanjungnya sebagai pejuang Islam sejati, manusia warak hatta Imam Mahdi, mengikut ceramah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrul Amin baru-baru ini. Astaghfirullahaladzim…
Apa yang janggal lagi pelik di sini ialah apabila sebuah parti yang berjenama Islam sama-sama bersekongkol, menyokong dan memperjuangkan Anwar Ibrahim.
Bayangkan pak-pak lebai berketayap, wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berjanggut sejemput berimej warak bersama-sama dengan mak-nyah, gay dan lesbian berarak dengan penuh semangat di jalanan, merempuh segala sekatan polis demi mentabalkan Perdana Menteri biseksual pertama di dunia, di sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.
Sedangkan hakikatnya, Anwar telah pun mengakui dirinya seorang peliwat secara tidak langsung. Rakan-rakannya, ahli-ahli politik serta NGO luar negara yang memperjuangkan hak LGBT sendiri telah mengesahkannya. Peguam-peguam Anwar juga tidak menafikannya.
Justeru, tidak ada alasan bagi pak-pak lebai, wanita-wanita bertudung labuh serta anak-anak muda berimej warak termasuk golongan yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama seperti Hadi Awang, Nik Aziz dan yang sewaktu dengan mereka, untuk menyatakan sebaliknya mengenai Anwar kecuali jika mereka benar-benar yakin bahawa Putrajaya adalah transit ke syurga.
Revolusi 901 yang dilaungkan Anwar bukanlah perjuangan seorang mangsa konspirasi yang menuntut keadilan. Ia adalah perjuangan seorang peliwat yang menuntut hak untuk meliwat – itu saja.
Selebihnya, ia adalah perjuangan para penggila kuasa untuk merasa kerusi empuk Putrajaya yang suatu ketika dahulu ingin dilelong mereka. AIDC

DEMONSTRASI BEBAS ANWAR 901...!!!




Demonstrasi sempena keputusan kes liwat Anwar tak akan ubah perundangan: Rais



Takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut,." Itu antara kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengulas mengenai ura-ura  pembangkang  cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan  mahkamah berhubung kes liwat  Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan ini
Beliau menegaskan perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi,.
Baginya mereka yang  hendak berdemonstrasi itu adalah tujuan politik, bukan dalam bidang perundangan tanah air.
Menurut menteri itu  selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.
BACA SETERUSNYA APA KATA DATO SERI DR. RAIS YATIM....KLIK DI SINI

WO...WO...WOOOO..... NGA KOR MING DAPAT PELURU HIDUP DARI MANJUNG..!!!???

NGA Tuduh PELURU HIDUP Datang Dari Manjung


Selepas pelbagai kontroversi perkauman dan salah laku yag dilakukan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, semalam pemimpin DAP itu mendakwa menerima peluru hidup yang dihantar melalui pos ke rumah ibu beliau.
Nampaknya ada individu yang begitu panas hati dengan perlaku Nga yang semakin berani atau mungkin peluru itu dihantar sendiri ke rumahnya dan kemudian beliau mendakwa mendapat ugutan bunuh. Semua itu lakonan biasa bagi pemimpin pembangkang.
Apa yang peliknya, dalam sidang media yang dibuat Nga semalam tidak ada langsung raut wajah takut atau gerun dengan ugutan itu malah perilaku beliau lebih dasyat dari selalu dimana dengan lantangnya Nga mendakwa surat yang mengandungi peluru itu dihantar dari Manjung.
Adakah Nga secara ‘indirect’ sedang membuat tuduhan ke atas orang Barisan Nasional namun masyarakat perlu sedar sepupu Nga iaitu Ngeh Khoo Ham merupakan Adun Setiawan. Terdapat kemungkinan ia dihantar oleh mereka sendiri.
Malah Nga mendakwa cop pendaftaran yang kurang jelas di bahagian sampul surat itu namun ada beberepa perkataan yang jelas kelihatan diaman tertulis ‘MA…..’ dan ia menguatkan prasangka beliau yang kononnya peluru hidup itu dihantar dari Manjung.
Wahai Nga, dalam Perak terdapat banyak tempat yang namanya mempunyai perkataan atau huruf “MA…..”,senang-senang sahaja beliau mendakwa peluru itu dari “MAnjung”. Kenapa tidak dituduh peluru itu dihantar dari “MAlim Nawar” atau “Tanjung MAlim”.
Nampak sangat ada niat tertentu peluru itu dihantar dan ada logiknya ia dihantar sendiri oleh mana-mana pemimpin DAP sebagai mainan politik mereka.
Selain itu, Nga juga mempertikaian tindakan individu berkenaan yang menghantar peluru hidup itu ke rumah ibunya.
“Saya tidak tidak tahu mengapa peluru hidup ini dihantar melalui pos ke rumah ibu saya… ini adalah sesuatu yang serius dalam soal politik kita tidak harus melibatkan ahli keluarga apatah lagi ibu seseorang itu”
Demikianlah kata Nga pada sidang media itu. Pandai betul pemimpin putar belit ini berkata-kata.
Sebelum ini iaitu pada Persidangan Dewan Undangan Nereri yang berlangsung awal Disember 2010, isu apa yang pembangkang mainkan kalau tidak pertikaian yang membabitkan ibu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Beginilah resam Pakatan Rakyat, bila mereka yang terkena maka yang menjadi tuduhan semuanya orang UMNO yang buat, begitu juga apa yang berlaku sekarang dimana ketika mereka sibuk mengheret ibu Zambry dalam modal politik mereka pada sidang dun ketika itu tidak ada salahnya pula. Namun hari ini apabila menerima peluru yang di pos ke alamat rumah ibu Nga, maka bertempik terlolonglah pemimpin Pakatab Rakyat.
Dapat dilihat tidak ada demokrasinya dalam amalan biasa DAP ini kan  jika mereka yang mentadbir negara.
Pandai menuduh dan kononnya menyelar tindakan penghantar peluru ke rumah ibunya namun bagaimana pula tomahan dan penghinaan yang dilemparkan ke atas Zambry berkaitan isu rumah ibunya di Pulau Pangkor.
Memang tidak dinafikan, Nga cuba meraih kembali simpati rakyat terutama kaum Cina setelah nama beliau semakin busuk dalam arena politik berikutan pelbagai aktiviti haram yang dilakukan ketika mentadbir Perak selama 11 bulan lalu terbongkar sedikit demi sedikit.
Malah akibat kelancangan mulut durjana Nga juga nampaknya telah menyebabkan rakyat semakin menolak DAP berikutan sikap majority pemimpin parti itu yang rasis ~ PERAK TODAY
***Sib baik peluru tu tak meletup time sampul tu smpai kat umah mak kau..!!!! Mulut kalau dah biasa mkn babi.... mcm tu lah.... cakap pun pakai sondol aja...!!!!!

2012 ~ TAHUN PM TEROKA MEDIA SOSIAL BARU



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menganggap tahun 2011 sebagai jalan untuk beliau meneroka penggunaan media sosial bagi merapatkan hubungannya dengan rakyat.
Penerokaan itu dimulakan pada awal tahun apabila buat pertama kalinya Najib menjemput orang ramai untuk bertanya soalan kepada beliau melalui laman sosial Twitter dan Facebook.
"Saya tidak menjangka akan menerima respon yang begitu hebat tetapi saya berjaya menjawab beberapa soalan yang diajukan, termasuklah yang pelik-pelik," katanya ketika menyoroti kembali peristiwa sepanjang 2011 pada entri terbaru bertajuk "Imbasan 2011" dalam blog 1Malaysia Rabu.
Melihat kepada kejayaan itu, Perdana Menteri berkata pada bulan berikutnya, beliau telah mempelawa 600 rakan dalam talian untuk minum bersama di Seri Perdana dalam program "Mari Berjumpa, Mari Berhubung".
Sikapnya yang berani meneroka cara baru itu menyebabkan beliau menerima banyak undangan secara dalam talian untuk berhubung dengan golongan belia.
"Tidak lama selepas itu, saya dijemput untuk melakukan "Gotcha" di radio oleh krew pagi Hitz.fm dan membuat penampilan pada rancangan pagi di Radio Era, Mix.fm dan Hot.fm," katanya.
Berdasarkan pengalaman siber yang dikutipnya, Najib berkata beliau memperkenalkan Meja Bulat 1Malaysia iaitu platform interaktif untuk Rakyat Malaysia memberikan komen, cadangan atau idea yang adil dan membina untuk memperbaiki kehidupan dan keadaan Rakyat Malaysia pada Jun.
Najib sendiri mengambil bahagian dalam satu daripada sesi bagi membincangkan topik yang berhubung kait dengan belanjawan untuk pertumbuhan yang mapan.
Satu lagi peristiwa penting dalam perjalanan media sosial beliau ialah apabila rakyat diperkenalkan dengan Aplikasi Bergerak pemimpin itu sendiri yang direka khusus untuk kegunaan telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui laman Facebook dan laman web 1Malaysia.
Pada tahun ini juga, Najib turut memperkenalkan beberapa barangan rasmi 1Malaysia yang banyak diedarkan melalui kempen Barangan Rasmi 1Malaysia.
Kempen itu turut menjemput rakyat Malaysia untuk menghantar foto Jalur Gemilang yang kemudian dimuatkan ke dalam Album 1Malaysia Jalur Gemilang di laman Flickr milik Perdana Menteri sendiri.
"2011 merupakan tahun yang sungguh berwarna-warni bagi saya dan saya perlu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan anda," katanya.
Najib berkata kesemua cetusan idea, aduan dan komen rakyat Malaysia yang dihantar ke laman-laman media sosial beliau dibacanya dan Perdana Menteri mencuba sedaya upaya untuk memberikan responnya sendiri.
Beliau turut berharap agar semua rakyat akan terus bersama-sama dengannya untuk mencatat lebih banyak lagi kemajuan positif pada tahun depan dalam semangat dan amalan 1Malaysia.
"Apabila sampai ke penghujung setiap tahun, kita selalu merasakan seolah-olah masa berlalu dengan terlalu cepat," katanya.
Di antara peristiwa penting yang dicatatkan sepanjang tahun ini ialah usaha-usahanya untuk melancarkan pelbagai program untuk rakyat seperti Program Perumahan 1Malaysia atau PR1MA bagi membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah mereka sendiri.
Isu kenaikan kos juga ditangani dengan pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M yang bermula di Kelana Jaya, Selangor dan kemudian berkembang ke seluruh negara dan diikuti dengan Menu Rakyat 1Malaysia, di mana sarapan pagi dan makan tengah hari dijual oleh restoran yang mengambil bahagian pada harga tetap RM2 dan RM4.
Menyedari keperluan untuk menggalakkan pembangunan generasi muda Malaysia, Dana Belia 1Malaysia telah dilancarkan untuk membiayai idea-idea dan projek daripada golongan belia.
Banyak lagi program-program yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2012, yang tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah, kawasan luar bandar, belia dan perkhidmatan awam seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang menawarkan bantuan kewangan kepada rakyat yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Dalam laporan kemudahan menjalankan perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia telah tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.
"Ini menunjukkan bahawa Program Transformasi Ekonomi atau ETP sudah pun mendatangkan hasil. Sewaktu pembentangan perkembangan ETP pada bulan September, sepanjang separuh pertama tahun ini, Malaysia sudahpun menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga RM21.3 bilion," katanya.
Menjelang ulang tahun pertamanya pada Oktober, ETP telah membantu Malaysia mencapai pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak RM228.55 bilion dan pelaburan komited bernilai RM171.21 bilion, dengan menyediakan kira-kira 372.361 peluang pekerjaan, kata Najib.
Tahun ini juga menyaksikan Perdana Menteri mengeratkan lagi hubungan di antara Malaysia dengan dunia antarabangsa bagi memangkinkan program-program transformasi negara.
"Tahun ini saya telah melakukan lawatan rasmi saya yang pertama ke United Kingdom atas jemputan Perdana Menteri Britain, David Cameron, di mana saya diberikan peluang untuk menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia," katanya.
Beliau juga diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan mengenai "Gabungan Kesederhanaan dan Persefahaman Antara-Peradaban" di Teater Sheldonian di Oxford, England.
"Pada Mei, saya menghadiri Invest Malaysia New York 2011 di New York, Amerika Syarikat. Acara itu telah berjaya menjaminkan Malaysia antara RM5bilion dan RM6 bilion pelaburan baru bagi dua hingga tiga tahun akan datang," kata Najib.
Beliau juga bercakap mengenai Pelan Induk Digital Malaysia, yang sedang dalam pembangunan semasa menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di New York Academy of Sciences yang dipengerusikannya sendiri.
"Saya juga berada di Jepun untuk Persidangan Nikkei Antarabangsa ke-17 di Tokyo di mana saya menerima pengesahan bahawa kira-kira RM3.8 bilion dalam nilai pelaburan akan disumbangkan oleh firma-firma Jepun ke negara kita," katanya.
Tahun ini juga menyaksikan Perdana Menteri menghadiri beberapa persidangan antarabangsa seperti Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Honolulu, Hawaii dan Sidang Kemuncak Asean ke-19 di Bali, Indonesia.
Di Hawaii, beliau sekali lagi diberi penghormatan untuk memberikan pandangan Perdana Menteri mengenai Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) di East-West Center yang berprestij.
"Apabila sampai ke penghujung setiap tahun, kita selalu merasakan seolah-olah masa berlalu dengan terlalu cepat. Bagi saya, tahun ini terasa pendek kerana begitu banyak perkembangan dan pencapaian positif yang dicatat," katanya dalam blog itu - AD

HASSAN ALI BIDAS HARAKAHDAILY.NET..!!!!!

Bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan ada meminta maaf kepada pucuk pimpinan Pas mengenai kritikannya terhadap parti dalam pertemuannya di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan baru-baru ini.
Beliau turut membidas portal rasmi parti itu, Harakahdaily.net, yang disifatkan telah memutarbelit fakta yang mampu menyebabkan keraguan dan pepecahan di dalam Pas.










“Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” katanya selepas pertemuan tersebut, yang dipetik dari Mstar Online.
Penafian tersebut sekaligus membayangkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menyatakan bahawa Hasan telah memohon maaf pada pucuk pimpinan parti pada pertemuan itu atas ketelanjuran kritikannya sebelum ini.
Nik Aziz, dalam kenyataannya menerusi Harakahdaily semalam berkata bahawa kemelut Pas berkaitan kritikan pedas Hasan terhadap parti itu sudah selesai dengan permohonan maaf dari ADUN Seri Gombak itu dan mencadangkan agar diadakan kenduri kesyukuran besar-besar meraikannya.
“Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.
“Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini,” kata Nik Aziz semalam yang dipetik dari Harakahdaily.net.
Pertemuan yang diadakan di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan itu menyaksikan Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, telah dipanggil menghadiri majlis ‘mahabbah’ bersama Nik Aziz, Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Hasan, pertemuan itu berlangsung membincangkan soal hala tuju parti, persediaan parti menjelang Pilihanraya Umum ke-13 dan turut menyentuh mengenai peranan Harakah sebagai lidah rasmi Pas.
“Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” katanya menceritakan tentang intipati pertemuan itu.
Terkini, Harakahdaily.net telah mengeluarkan kenyataan segera melalui laman sesawangnya mempertahankan laporan beritanya bertajuk ‘Nik Aziz Bersyukur Masalah Selesai’ dengan menyiarkan transkrip penuh dan rakaman video sidang media Mursyidul Am Pas itu mengenai pertemuan tersebut.
Bagaimanapun, Harakahdaily.net dipercayai tidak menemui Hasan untuk mendapatkan penjelasan dari Exco Kerajaan Negeri Selangor itu. MNH

RAKYAT PERAK WAJIB BACA DAN TAHU..!!!

TEMAN RE-POST KAN DI SINI DARI BLOG MYMASSA APA YANG SANGAT MENARIK UNTUK WARGA PERAK TAHU HARI INI.....!!!


Apa beza HITAM METALIK dengan NABI?!!





Cuba teka pekan mana yang ada bumbung sepanjang jalan ini? Jalan TAR? Petaling Street?


Dua-dua salah. Jawapannya ialah pekan Pangkor di bawah DUN Pangkor yang diwakili oleh MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Hebat tak hebatlah, ini baru satu contoh rupa DUN bawah MB BN!

Sebenarnya kami tayangkan gambar di atas sebagai menjawab satu komen daripada pencacai pembangkang yang tidak puas hati apabila kepincangan DUN MB kesayangannya yang bertaraf Nabi didedahkan. Sudahlah tidak menjawab kenapa MB tidak membela kawasan sendiri, difitnahnya pula keadaan teruk yang sama juga dihadapi oleh rakyat yang bernaung di bawah DUN MB BN.




Nah! Sekarang saksikan sendiri perbezaan pembangunan yang di bawa oleh kedua-dua MB BN dan PAS. Bayangkanlah sebuah pekan kecil sepanjang 100 meter ini pun dimanjakan dengan pelindung cuaca yang artitistik. Inilah baru dikatakan merakyatkan pembangunan!

Itu belum tunjuk lagi apa yang rakyat kawasan Parlimen PM dapat...boleh menganga berbuih mulut sambil kena sawan dibuatnya penyokong fuckatan nanti! 

Namun, apa yang lebih menyentuh hati di sini adalah, MB Perak tetap mendahulukan kepetingan rakyat dalam mengagihkan kekayaan negeri. Kerana jika tidak, tentu rumah yang masih lagi didiami oleh ibu bapa beliau di bawah ini sudah bertaraf banglo RM 7 juta Anwar Ibrahim!


Tips MyMassa: Kalau hendak rasa dimanjakan dengan pembangunan pesat yang bertaraf Kelas Dunia Pertama, sentiasalah pastikan negara dan negeri kita ditadbir oleh BN. Manalah tahu, untung sabut, DUN atau Parlimen kita diwakili oleh MB atau Menteri BN...Senang kita lapan keturunan...