Wednesday 19 November 2014

PESERTA UJIBAKAT MENTOR LEGEND BALUN MAS IDAYU !!!




Video sesi ujibakat program Mentor Legend yang dikendalikan oleh Mas Idayu tersebar sejak 17 November lalu dek scene peserta ujibakat yang begitu lantang menentang beliau.

Edry Sofian, yang datang ingin mencuba nasib menemui kegagalan apabila dia dikatakan tidak memenuhi kriteria yang diinginkan oleh Mas Idayu.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, Edry mula mempertikaikan keputusan Mas Idayu sehingga begitu berani menganggap penyanyi lagenda dangdut itu tidak sebagus mana di persada industri muzik negara.

Mas Idayu cuba menjelaskan mengapa beliau terpaksa menolak Edry Sofian, 22, tetapi alasan yang diberikan tetap dipertikaikan oleh Edry seolah-olah mempertikaikan kelayakan Mas Idayu menjadi Mentor di program berkenaan.






Segelintir netizen cuba mempertahankan Edry dengan menggatakan Mas Idayu terlalu over react dan perasan legend. Bagaimanapun, lebih ramai netizen yang menyokong tindakan Mas Idayu kerana tindakan Edry Sofian dilihat terlalu biadab dan mentah dalam mempersoalkan karier Mas Idayu. - My Media Hub

Haha... Suara pencuba nasib tu ke laut ke.. macam itik ke.... itu normal laa... tapi yang dh LEGEND tu emosi sangat pasai apa?... Betul... teman setuju..berpengalaman puluh tahun goyang bontot pun tapi kalau MORAL ke laut... happah tak hey...!!!


TEMAN suke cara Dayang Norfaizah... lemah lembut...sopan santun... walau pun tahu suara peserta mcm katak panggil ujan...!!!

1 comment:

usin said...

aku tengok rakaman uji bakat tu. aku taklah sokong sangat edry,tapi aku lagi tak suka cara mas idayu menunjukkan 'legend'nya. contohnya mas idayu minta edry nyanyi ikut key yang dia nak. kerana edry tak dapat ikut, dikutuknya edry kaw-kaw. edry hadir uji bakat ke dah belajar? apa punya perangai la mas idayu ni. tak boleh ke nak tunjuk contoh budi bahasa yang baik, sesuai dengan 'mentor legend'. legend apa kalau perangai biadap, kurang ajar, meninggi diri dan perasan hebat. kalau edry buat provokasi, layan je dengan baik. sebagai orang berpengalaman, melayan provokasi dengan baik menunjukkan tahap kematangan dan profesionalisme. kalau menengking dan menghalau calon uji bakat, itu tandanya mas idayu masih fail! gagal kawal ego dan lagak sebagai diva dangdut. pada akhir slot, kelihatan mas idayu menangis, sebab apa? menyesal dan malu sebab nampak lemah mental tak mampu kawal emosi?