Monday 21 May 2012

PRU PALING SESUAI SELEPAS AIDILFITRI ~ TUN M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi nasihatnya agar pemimpin Umno membuang amalan cantas mencantas serta mengetepikan kepentingan diri supaya Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.


Bekas Presiden Umno itu berkata kemenangan parti bererti kuasa dan kelangsungan BN memerintah negara tidak akan tergugat walaupun ada pemimpin yang terpaksa mengorbankan diri.
“Kekalahan Umno ibarat Melayu bangsa yang kehilangan kuasa di negara sendiri…. kita tidak boleh jadi bangsa yang berpecah-belah. Amat penting tenaga yang ada digembleng sepenuhnya.
“Saya yakin kita boleh menang jika amalan cantas mencantas dibuang terus dari dalam diri setiap orang Umno,” kata Dr Mahathir ketika menyampaikan ucapan dalam perjumpaan dengan pemimpin Umno seluruh Kedah di Dewan Wawasan di sini hari ini.
Sambil memberi nasihat supaya semua anggota parti menyokong siapa sahaja yang dipilih bertanding dalam pilihan raya, Dr Mahathir berkata mereka juga perlu menerima calon ‘payung terjun’ jika pucuk pimpinan memutuskan demikian.
Dr Mahathir turut berpendapat masa sesuai diadakan pilihan raya adalah selepas Hari Raya Aidilfitri.

1 comment:

Unknown said...

Kikiskan perasaan Hasad dengki, dendam kesumat n teruskan berkerja bersama2 sebagai sebagai 1 pasukan bagi menentukan KEJAYAAN. Buangkan sifat2....aku le lebih baik dari yg lain....biar orang menilai kebaikan dan keburukan kita.....ALLAh lebih mengetahui n Maha Penentu segalanya......Teruskan USAHA....untok Kebaikan Bersama...demi Negara Tercinta.....Salam 1 Malaysia.