Berakhirlah satu legasi, satu ikon yang diiktiraf seluruh dunia dalam masa sama dia juga salah seorang dari 10 individu paling berpengaruh didunia perbankan, Gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz meninggalkan BNM pada pukul 7.40 pm tadi setelah berkhidmat selama 16 tahun sebagai Gabenor BNM dan 35 tahun di BNM.
IPOH – Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini hari ini.
KUALA LUMPUR : Pembohongan dan langsung tidak mempedulikan fakta oleh The Wall Street Journals (WSJ) dalam laporannya mengenai Malaysia sekali lagi terbukti, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini (semalam) diberitahu bahawa ketua penceroboh Lahad Datu, Datu Agbimuddin Kiram mahu menjadi 'Sultan Sabah' sekiranya apa yang dikenali sebagai kesultanan Sulu berjaya menuntut negeri itu daripada Malaysia.
Polis mengesahkan suspek lelaki yang bertindak menceroboh dan memecahkan patung di dalam sebuah kuil di Jalan Hospital di Ipoh petang Ahad tiada kaitan dengan kumpulan militan Daesh.
KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, berkuat kuasa Jumaat, 22 April.
SERAMAI 416 kakitangan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air mengadakan sidang media hari ini berdekatan dengan ibu pejabat Rayani Air bagi menuntut gaji yang dijanjikan oleh pihak pengurusan.
Semalam, warga netizen dan rakyat Malaysia yang lain telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak darjah satu, iaitu Nuri Nadirah Ruslan yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1 yang meninggal dunia selepas dipatuk ular.
JERTIH: Lima pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang cuba mengambil gambar selfie, terjatuh dari puncak Bukit Keluang, dekat sini, ketika mereka menyertai aktiviti pendakian bersama 20 pelajar lain, tengah hari tadi.
PULAU PINANG – Seorang wanita yang kecewa apabila diaibkan dengan fitnah mempunyai anak luar nikah di laman media sosial tampil membuat laporan polis, pagi tadi.
MUAR – Vokalis kumpulan rock popular XPDC, Mael dihadapkan di Mahkamah Majistret Muar semalam, bersama tiga rakannya atas dua tuduhan memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines pada Mac lalu.
MELAKA – Pihak polis sedang memburu suspek utama kes cubaan membunuh seorang anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas, Kem Sungai Udang di sini yang sudah melarikan diri.
Kuala Lumpur: Polis memburu Ng Woon Chieh @ Ah Chong, 37, kerana disyaki memiliki lima bom buatan sendiri yang ditemui di sebuah kondominium di Damansara Perdana pagi tadi, malah suspek juga sudah meletupkan bom di sebuah rumah di Jalan Wan Empok, Sri Petaling, di sini, awal pagi tadi.
Gempar di media sosial mendakwa penduduk di sini diganggu langsuir, wakil rakyat kawasan tersebut Muhammad Yusoff Mohd Noor memberanikan diri meninjau kawasan terlibat.
Nampaknya, dendam kesumat keturunan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sukar dipadamkan apabila Mahathir baru-baru ini melakukan serangan terhadap Anwar dalam temu ramah bersama media luar.
KHABARNYA Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah disebut-sebut sebagai calon Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) menggantikan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang akan menamatkan kontraknya akhir bulan ini.
Rentetan isu yang "panas" ketika ini maka Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tanpa berselindung atau "melarikan" diri, tampil memperjelaskan keadaan. Kenyataan Khairy dipetik melalui postingnya di FB :
BUTTERWORTH: Pusat khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perai yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy dekat sini dibaling dengan bahan letupan dipercayai molotov cocktail awal pagi Selasa.
DIGARI- Kenny Chua Pegawai SPRM yang ditangkap dengan wang RM50 ribu baru-baru ini
Terbaru Pegawai SPRM ditangkap!. Sumber dalaman berkata ia ada kaitan dengan cubaan untuk menghapuskan fail kes Lim Guan Eng dan Kes penyelewengan dana KBS RM100 juta.
Semalam hampir 30 ribu hadirin datang ke ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak telah mencetuskan fenomena dan menjadi viral di media sosial.
PUTRAJAYA – Hasrat Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli menagih simpati orang ramai kononnya beliau ‘bergari’ ketika dibawa polis bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya nyata kantoi.
Dek kerana permintaan bakal ibu mertuanya yang mahu menangguhkan perkahwinan hanya kerana tiada persembahan penyanyi, seorang lelaki membatalkan perkahwinannya beberapa jam sebelum majlis berlangsung malah bertindak berkahwin dengan wanita lain pada malam tersebut.
TIDAK dapat dinafikan, kos pendidikan bukanlah murah. Rata-rata daripada kita perlu menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 demi segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan.
Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, dilaporkan ditahan polis lewat petang Selasa sejurus keluar dari menghadiri sidang Parlimen.
KUALA LUMPUR – Video pentas runtuh dalam satu sesi bergambar yang didakwa melibatkan pelajar Malaysia di sebuah Universiti di Mesir adalah tidak benar.
Jurucakap Kementerian Luar berkata video yang menjadi viral di laman sosial itu merupakan kejadian lama yang berlaku di sebuah universiti di Baghdad, Iraq dan tidak melibatkan pelajar dari negara ini.
“Video itu adalah tidak benar dan ia hanya satu video lama yang sengaja diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Ikraam Abdul Latif berkata video berkenaan mula tersebar dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir melalui aplikasi WhatsApp, kira-kira 8 pagi tadi (2 petang waktu Malaysia).
“Saya kemudian menerima panggilan bertalu-talu dari rakan-rakan lain, yang ingin bertanya kesahihan maklumat yang tersebar kerana khuatir ada yang mengalami kecederaan disebabkan kejadian itu,” kata pelajar tahun 5, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah, Mesir.
Muhammad Ikraam kemudian menghubungi pejabat kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir untuk mengesahkan perkara berkenaan.
Namun katanya pihak kedutaan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
Muhammad Ikraam berkata beliau turut menghubungi wakil persatuan itu di tujuh universiti yang menempatkan pelajar dari Malaysia.
“Saya dimaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan tidak pernah terlibat dalam sebarang situasi seperti dilaporkan,” katanya.
Semakan Bernama di laman sosial YouTube mendapati video yang diviralkan itu dimuat naik ke laman berkenaan pada 27 Mac 2016 dan difahamkan kejadian terbabit berlaku sehari sebelumnya. – BERNAMA
Abdul Rahman bersama Ahli Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng mendedahkan dokumen jual beli tanah Taman Manggis, pada sidang media Isnin.
PUTRAJAYA: Bukti urusniaga kontroversi melibatkan tanah yang diperuntukkan bagi projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang dikemukakan disebalik penafian Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
LANGKAWI, 5 April — Sebuah lagi feri penumpang yang sedang dibaiki terbakar di sini hari ini menjadikan dua feri ditimpa nasib yang sama dalam tempoh kurang daripada sebulan.
Ini kisah menyayat hati dan inilah bukti trajis kenapa dadah itu wajib dicegah. KISAH ini dikongsikan oleh Portal MyNewsHub mengenai seorang bekas penagih dadah yang menghidap HIV ditinggalkan hidup bersendirian di sebuah rumah oleh ahli keluarganya di Johor Bahru mendapat simpati netizen di media sosial.
KOTA KINABALU: Seorang penjenayah veteran rentas sempadan yang lebih dikenali sebagai Apo Mike dipercayai mengetuai penculikan empat anak kapal Malaysia di sempadan antarabangsa berhampiran Pulau Ligitan, Semporna.
Portal berita milik Yahudi, Malaysiakini melaporkan salah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang diculik di perairan Semporna, Sabah malam semalam merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dari DAP.
INILAH serpihan yang dijumpai di sebuah pulau di Mauritius, di timur Afrika yang dipercayai dari bahagian kabin MH370
PULAU RODRIGUES – Serpihan dipercayai dari bahagian dalam kabin pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, dijumpai di sebuah pulau di Mauritius, di timur Afrika.
SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai anggota polis sedang menghalau dan memukul isterinya yang baru sahaja beberapa hari melahirkan anak kini tersebar menjadi viral di media sosial.
MIRI: Empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lanun bersenjata di perairan Semporna, Sabah ketika dalam pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia, pukul 7 malam pada Jumaat.
SELAYANG – Kerajaan negeri diminta menyediakan kemudahan setanding masjid moden seperti di Makkah dan Madinah terlebih dahulu sebelum mempertikai penggunaan air di rumah ALLAH itu.
Pelakon yang pernah membintangi Telefilem Saloma, Tony Eusoff telah diheret ke mahkamah Singapura semalam atas tuduhan memiliki dadah. Menurut laporan Berita Harian Singapura, Tony didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.