Tuesday, 12 April 2016

PUSAT KHIDMAT ADUN PROF. DR. P.RAMASAMY 'THE SATAN' DI BALING MOLOTOV

molotov

BUTTERWORTH: Pusat khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perai yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy dekat sini dibaling dengan bahan letupan dipercayai molotov cocktail awal pagi Selasa.


Kejadian itu menyebabkan berlaku letupan dan kebakaran kecil di kaki lima serta pintu gelangsar besi pusat khidmat itu yang terletak di sebuah premis dua tingkat di Taman Chai Leng.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dari seorang pekerja pusat khidmat berkenaan kira-kira pukul 3 pagi.

“Bahan (letupan) yang dibaling itu meletup di hadapan pusat khidmat itu.

Terdapat kesan jelaga hitam di kaki lima dan pintu besinya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan itu bagi mengesan pihak yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Rusli meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu pengurus pusat khidmat tersebut R.Subramaniam, 60, berkata beliau terdengar bunyi letupan sebelum ternampak api di bahagian pintu masuk tingkat bawah pejabat berkenaan.

“Saya menghubungi rakan saya untuk beritahu kejadian itu dan dia membuat laporan di Balai Polis Chai Leng Park. Kami turut memberitahu kejadian itu kepada Ramasamy,” katanya.- MS.


V
V
V
V
V
V
V

Adakah ini puncanya??

rama satan

No comments:

Post a Comment