Saturday, 2 April 2016

SUAMI DURJANA .... ANGGOTA POLIS TAMPAR SEKUAT HATI ISTERI BARU BERPANTANG BERSALIN


SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai anggota polis sedang menghalau dan memukul isterinya yang baru sahaja beberapa hari melahirkan anak kini tersebar menjadi viral di media sosial.


Lihat video DI SINI

Menerusi video berdurasi 1.04 saat itu, lelaki tersebut dilihat menengking isterinya yang sedang berjalan dengan langkah kecil sebelum menamparnya dengan kuat di hadapan sebuah pondok polis yang tidak diketahui lokasi kejadiannya.
Selain pasangan suami isteri itu, dalam video itu turut kelihatan seorang wanita lagi dipercayai ibu mentua polis tersebut yang sedang mendukung bayi.
Barangkali kerana takut, ibu wanita itu dilihat tidak mampu menghalang tindakan ganas mentuanya dan hanya mampu menolong memimpin anaknya.
Pada hujung video, keluarga ini dilihat telah masuk ke pondok polis tersebut namun masih lagi kedengaran berlakunya pertelingkahan.
Bagaimanapun, punca sebenar lelaki tersebut berbuat demikian tidak diketahui.
Insiden ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakannya memukul wanita yang baru melahirkan zuriatnya sebagai tidak berhati perut, malah seolah-olah mahu mengaibkan isterinya kerana dilakukan di khalayak ramai. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment