Wednesday, 20 April 2016

GARA-GARA TERMAKAN FITNAH PEMBANGKANG, BERIBU-RIBU PENDEPOSIT TABUNG HAJI TUTUP AKAUN DAN BATALKAN PERGI HAJI


Tengok apa jadi.Gara-gara termakan fitnah pembangkang kononya Tabung Haji tidak ada duit baru-baru ini ramai juga yang ‘ silap langkah’.


Tak tentu pasal seramai 3,954 orang tutup akaun Tabung Haji mereka manakala 3,105 orang telah membatalkan pendaftaran mereka untuk pergi Haji.

Maklumat ini diberitahu oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajidi kepada Dewan Negara Selasa.

Katanya inilah kesannya kerana fitnah yang tidak betul oleh pembangkang terhadap Tabung Haji.

Beliau kesal perbuatan itu yang cuba mengugat sebuah institusi yang banyak beri faedah kepada rakyat negara ini.

Menurut Dr Asyraf mereka yang membatalkan pendaftaran pergi Tabung Haji jika nak daftar semula perlu ‘ putar balik’ tunggu giliran lebih 80 tahun.

Katanya seperti yang tlah dibentangkan kedudukan kewangan Tabung Haji tetap kukuh.

Fitnah berpunca dari kelewatan sikit Tabung Haji umum pembayaran dividen seperti tahun lalu pada 28 Februari.

Sedangkan,katanya ia tidak langgar peraturan yang ditetapkan dan dividen akan dibayar selepas proses diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment