Thursday, 7 April 2016

RAFIZI KANTOI TANGAN BERGARI... HA HA HA HA


PUTRAJAYA – Hasrat Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli menagih simpati orang ramai kononnya beliau ‘bergari’ ketika dibawa polis bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya nyata kantoi.


Sebelum itu, video beliau seolah-olah berjalan dengan kedua-dua belah tangan ke belakang seumpama tengah bergari dan diiringi anggota polis di kompleks mahkamah tersebut sudah viral di media sosial sejak lewat Rabu.


Bagaimanapun, dalam video sama yang dirakam dari sudut belakang dan disiarkan semua stesen televisyen tempatan, jelas menunjukkan tangan Setiausaha Agung PKR itu sebenarnya langsung tidak pun diikat bergari.
Lebih memalukan Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu kerana status posting ‘digari seperti penjenayah’ yang dimuatkan dalam Facebooknya bagi menarik simpati ramai terpaksa dipadam selepas dua jam ia dipaparkan.

rafiji auta1

Difahamkan status awal tersebut dimuat naik oleh pentadbir beliau sendiri bagi menyemai perasaan ‘benci’ rakyat kepada kerajaan sebelum drama pembohongan Rafizi mulai terbongkar dan diketahui netizen di seluruh dunia.
Status tersebut kemudian terpaksa diubah: ‘Sdr. Rafizi baru tiba di Istana Kehakiman Putrajaya, PERHATIAN: Malam ini kita berkumpul di depan Lokap Jinjang jam 9 malam solidariti #BebasRafizi… Sebarkan!!
Buletin Utama TV3 malam tadi turut memaparkan berita sama dengan menunjukkan kedua-dua tangan Rafizi ke belakang seperti digari sambil dipegang tangan kiri dan kanannya oleh pegawai polis di lobi Istana Kehakiman.
Susulan itu, peguam Rafizi, Saiful Izham Ramli terpaksa berdalih mengeluarkan kenyataan konon bahawa semua pihak perlu memahami prosedur kawalan ke atas Orang Kena Tangkap (OKT) yang dihadapkan ke mahkamah.
Dakwanya adalah amalan biasa pihak polis bagi situasi orang yang disyaki atau dituduh tidak bergari, ia bukan lakonan atau wayang mahupun menagih simpati, namun hanya untuk mengawal pergerakan OKT tersebut.
Bagaimanapun, ramai mesti ingat senario ini tidak pula berlaku terhadap bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membolehkan dirinya siap melambai tangan kepada penyokong yang hadir ke mahkamah.
Sekurang-kurangnya mantan ketua pembangkang itu lebih jujur kerana tidak pula ‘berlakon drama’ meletakkan tangannya seperti orang yang digari kononnya penjenayah berbahaya sebagaimana aksi selamba Rafizi tersebut.
Dalam pada itu, solidariti terhadap penahanan Rafizi diteruskan malam Rabu dengan hanya kira-kira 60 orang penyokong ‘bodoh’ PKR sanggup hadir bagi membantah tindakan polis menahan pemimpin pujaan mereka itu.
Begitu juga bantahan yang dibuat ahli parlimen pembangkang di depan Ibu Pejabat Bukit Aman pagi Rabu, cuma disertai sebilangan kecil antaranya ialah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Khalid Abdul Samad.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments:

Post a Comment