Tuesday, 5 April 2016

MAHAL NAK MAMPOS RUPANYA CIPLAK TUDUNG 'OLD FASHION' ORANG LAIN


Baru-baru, ini sebuah video dimana peminat fanatik koleksi tudung Fareeda sanggup bersesak dan merusuh menjadi viral di laman sosial.

Semuanya hanya semata-mata untuk mendapatkan koleksi terbaru Fareeda iaitu Sweet Love.
Apa yang pasti, berikutan daripada insiden tersebut, pihak Fareeda dihentam oleh nitizen kerana tidak bijak mengawal keadaan.
Bukan itu je, ramai nitizen mula ‘memerli’ jenama tudung terkenal tersebut dan menyatakan bahawa corak seperti itu sudah lama berada di pasaran.
Seorang nitizen memberikan komen pedas dengan menyatakan, “Kau meroyan orang tiru design kau. Orang lain dah pakai design ‘baru’ kau 2-3 tahun lepas”
Korang tengok je la sendiri gelagat nitizen dengan isu tudung Fareeda, Sweet Love idaman ramai tu.
Eh..sama la corak tudung, tapi yang ini beli dekat Indonesia!!

Yang ini beli masa 3-4 tahun lepas. Tapi corak ni Fareeda baru keluarkan??

No comments:

Post a Comment