Thursday, 28 November 2013

SIDANG DUN PERAK : NIZAR TONJOLKAN KEBODOHAN....

nizar513
Kasihan dengan nasib Ketua Pembangkang Perak, Nizar Jamaluddin yang  cuba menjuarai isu kaum India tetapi akhirnya ditertawakan kerana dianggap tak faham dengan situasi sebenar. 

 Bagi Nizar penolakan permohonan MyKad terhadap remaja bernama S.Mahalachime  oleh Jabatan Pendaftaran Negara satu bukti diskriminasi kaum yang diamalkan kerajaan BN.
 
Cerita lengkapnya  berbunyi begini . . . . Ketika membahas bajet 2014 di hari kedua sidang DUN Perak siang tadi (Selasa) Ketua Pembangkang itu membangkit kes seorang kanak-kanak perempuan, S.Mahalachime,12 tahun yang gagal memperoleh MyKad.
 
Permohonan Mahalachime ditolak oleh JPN kerana menurut ibunya “warna kulit remaja itu berbedza dengan ibubapanya.”
 
Akibat tekanan perasaan serta malu disindir rakan-rakan di sekolah tempat dia mendapatkan pelajaran, Mahalachime, penuntut tahun enam itu meminum cecair peluntur—akibatnya kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.
 
Kisah sedih ini mengenai proses yang  semua pemohon MyKad lalui sebelum mereka memperoleh dokumen penting ini. Dalam kes Mahalachime ada sikit kelainan kerana penolakan permohonan dibuat dari aspek teknikal.
 
Kita harus faham penolakan itu tidak mutlak. Malangnya ia telah disalah tafsir. Disinilah muncul Nizar cuba menjuarai isu ini dilihat seperti kata pepatah “tak dapat tanduk, telinga dipulas.”
 
Nizar tidak perlu melatah serta membuat dakwaan membutatuli jika beliau terlebih dulu mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa. Bukankah sebagai wakil rakyat, akses maklumat begini jauh lebih mudah.?
 
Sekiranya Nizar membaca laporan akhbar hari ini (Selasa) beliau tentu sedar kes Mahalachime kini dianggap “selesai” apabila JPN memberi jaminan “kes permohonannya dijangka selesai.”
 
Media juga melaporkan remaja itu tidak perlu menjalani ujian DNA seperti dipercayai pelajar berkenaan.. Kenyataan JPN berharap masalah ini dapat diselesaikan sebaiknya sebelum murid terbabit dapat memasuki persekolahan awal tahun depan.
 
Walaupun cerita mengenai masalah MyKad serta kedudukan Mahalachime kini mendapat liputan meluas media massa, Nizar masih berpendapat isu itu perlu dibawa ke sidang DUN.
 
Niatnya baik kerana tidak ada isu yang boleh dianggap kecil walau isu seperti sampah sarap dan masalah longkang tersumbat. Sebagai wakil rakyat isu-isu rakyat harus diutamakan kerana mereka menjadi ADUN atas ihsan rakyat.
 
Tetapi ironinya semasa membahaskan Bajet 2014, Nizar yang juga ADUN Changkat Jering melempar tuduhan melulu terhadap kerajaan BN. Konon mendakwa kerajaan BN berbaur perkauman serta lain-lain tuduhan yang tidak masuk akal.
 
Soalnya apa kah kerajaan BN mengamalkan sikap perkauman semata-mata kerana permohonan MyKad Mahalachime ditolak oleh JPN?  Berapa ramai lagi pemohon sama ada Melayu, Cina dan India dan lain-lain kaum yang mana permohonan mereka juga ditolak?Apakah ini bukti kerajaan BN rasis?
 
Dan lebih mengeciwakan apabila Nizar secara semborono mendesak kerajaan BN memberi hak sama rata kepada semua kaum dalam apa jua bidang. Mengapa hal ini tidak ditimbulkan semasa berlangsungnya Muktamar Agong PAS di Shah Alam minggu lalu?
 
Mari kita kutip apa lagi dikatakan semasa perbahasan: Nizar berkata ”prinsip keadilan wajib didukung oleh kerajaan bagi memastikan semua lapisan rakyat mampu menikmati kehidupan sejahtera tanpa dipisahkan oleh batasan-batasan kaum.”
 
"Jadi kita minta kerajaan BN supaya pastikan seramai 2.4 juta rakyat Perak mesti dihormati dari kaca mata kesaksamaan dalam apa ruang sekalipun, ini hak mereka dan mereka mesti dihormati."
 
Selain mendakwa BN sebuah kerajaan rasis,Nizar bercakap tentang dasar BN mengagung-agungkan Melayu menyebabkan kaum itu diberi keutamaan daripada semua segi.
 
"Saya hendak sebut bahawa dalam kalangan masyarakat tidak kisah apa terjadi kepada masyarakat . .. Asalkan dia Melayu, kita biar dia diketengahkan (ditonjolkan) dan sifat ini kita perlu kikis. Asalkan saja dia Melayu, dia boleh dapat macam-macam kesejahteraan . . .sepatutnya keistimewaan juga perlu dinikmati kaum lain.”
 
Ketika menemui media selepas sidang DUN hari kedua hari ini (Selasa) Menteri Besar meminta Nizar tidak meraih laba politik dengan membuat tuduhan melampau. Implikasinya (tuduhan) besar kepada masyarakat.
 
DS Dr.Zambry hairan dengan kesimpulan dibuat Nizar berhubung isu Mahalachime kerana hal yang berlaku sangat berlainan malah “kerajaan BN mengambil inisiatif awal menyelesaikan isu permohonan MyKad ini.”

Beliau kesal tuduhan  melulu itu kerana Nizar  sedar kerajaan bertindak memperbetulkan keadaan. Dr.Zambry mengesahkan beliau meminta pegawai khasnya menemui remaja berkenaan bagi menyelesaikan kes tersebut.

 “ . . .dia boleh katakan JPN itu milik kita dan mengeluarkan arahan untuk menghalang pembekalan kad pengenalan kanak-kanak berkenaan tetapi kita langsung tidak berbuat sedemikian.

“Kita tidak mengetahui apa yang berlaku semasa kejadian tersebut. Jadi, kenapa perlu menyeret Barisan Nasional   . . . .sedangkan ia berkaitan seorang kanak-kanak yang dipersoalkan kedudukannya di negeri ini.”
 
Menjawab soalan, Dr.Zambry bertanya  asas apakah Ketua Pembangkang itu melabel kerajaan BN rasis.?
 
"Sangat malang apabila dia (Nizar) membuat kesimpulan liar sebegitu. Apa asas dia katakan BN rasis walhal kita tidak pun pernah memberi apa-apa arahan kepada JPN.
 
“Malah, sebaik saya membaca laporan mengenainya, saya terus arahkan pegawai khas Sivarajh berjumpa dengan keluarga kanak-kanak perempuan itu dan buat tindakan membantu mereka.
 
“Jadi dimanakah rasisnya BN ini, sekiranya kita tidak berbuat apa-apa untuk membantu, bolehlah dia kata kita rasis," katanya.
 
 Menteri Besar juga  melahirkan rasa simpati  sambil berharap kes seumpama ini (Mahalachime) dijadikan pengajaran oleh semua pihak - AgendaDaily

No comments:

Post a Comment