Thursday, 28 November 2013

KERAJAAN ANGOLA HARAMKAN ISLAM, ROBOH MASJID, ADALAH BERITA PALSU...???

ss

Beberapa hari ini kecoh di alam maya seluruh dunia termasuk beberapa negara bukan Islam di dunia mengecam kononnya Angola mengharamkan Islam di negara berkenaan. Melalui beberapa pencarian dan maklumat, berita tersebut adalah tidak benar.

Namun, ia telah dinafikan oleh kedutaan Angola di Washingston sebagai berkata :

The Republic of Angola...it's a country that does not interfere in religion,' the official saind via telephone Monday afternoon. 'We have a lot of religions there.  It is freedom of religion.  We have Catholic, Protestants, Baptists, Muslim and evangelical people.  
(RUJUK : http://www.ibtimes.com/ )

ISMA juga mengeluarkan kenyataan yang mengecam :

'BANGI, 25 Nov - Tindakan Angola mengkatogerikan Islam sebagai agama tidak sah adalah tidak adil dan amat berniat jahat.

Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan  Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagaiannya.

'Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau.  Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,' demikian tegas Nain Predisen ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni ( http://www.ismaweb.net/ )
Kisah ini sudah mula tersebar dan menjadi viral. Gambar masjid roboh tersebut dilaporkan gambar pada tahun 2008 . Alasan kenapa ia dirobohkan tidak diketahui. Berikut berita Kerajaan Angola Haramkan Islam seperti yang dihebohkan di Internet.....


Angola menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.  

Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.  Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.

Sementara itu, Rosa Cruz de Silva, Menteri Kebudayaan Angola berkata, tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang 'bertentangan' dengan budaya penduduk di negara itu.  

'Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut,' katanya.

dd

Negara Angola majoritinya adalah Kristian.Hanya 80,000 to 90,000 rakyatnya sahaja beragama islam. Kesahihan cerita sebenar tidak dipastikan. Namun beberapa laporan dari negara berkenaan menafikan berita tersebut. SUMBER

1 comment: