Sunday, 16 December 2012

PELAKON ZILA BAKARIN AKHIRNYA MENGAKU BUAT SUNTIKAN PADA WAJAH.....


Sekali tengok, rasanya ramai yang dapat menjangkakan Zila Bakarin ada membuat sesuatu pada wajahnya. Terbaru, menerusi Sinar Harian, Zila Bakarin mengakui yang dia pernah melakukan suntikan pada mulut dan dagunya empat tahun yang lalu. Patutlah Abang Nara tengok runcing bebenar dagu Zila Bakarin.
zila bakarin suntik
Walaupun begitu, Zila Bakarin mengakui yang dia menyesal kerana melakukan perubahan pada wajahnya. Kalau dapat diundur masa, pasti Zila tidak akan menyuntik wajahnya. Kata Zila Bakarin:-

DAP ADALAH BAPAK RASIS 1 MALAYSIA.....!!!


Hasrat untuk menjadikan DAP lebih multiracial dan mesra melayu tidak kesampaian dan telah ditolak oleh perwakilan. Calon-calon melayu di dalam perebutan JK pusat telah ditolak secara total oleh perwakilan yang majoritinya adalah cina.


Maka jadilah DAP sebagai sebuah parti yang pada permukaannya bersifat majmuk, tetapi pada hakikatnya bersifat perkauman. Macam kek icing perasa jeruk. Di luar manis, di dalam "masam mencocoh". 

Dalam hal ini tiada siapa yang lebih tepat ulasannya, melainkan Tunku Aziz;

"DAP sebenarnya didominasi oleh kaum Cina yang ekstrim".

AKIBAT TERLALU MARAH DENGAN KEKALAHAN PASUKAN MALAYSIA....

Semua orang tahu mengenai kekalahan pasukan Malaysia dalam memburu tempat ke Final Piala Suzuki AFF  2012. Dalam perlawanan separuh akhir ke-2 yang berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok, Jumaat lalu, Malaysia kalah kepda Thailand dengan agregat 3-1. Perlawanan yang mencetuskan kontroversi akibat pemain Malaysia dilayangkan kad merah itu menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati para penyokong Malaysia terhadap pengadil yang bertugas pada malam itu. Lihat  <  di sini   >

Berikut dipaparkan tahap kemarahan peminat bolasepak terhadap FAM (bukan pengadil) akibat kekalahan tersebut sebagaimana yang dicatatkan di dalam blog.... Bersama Mazidul



Sampai begitu sekali Mohd Haizal Yatiran?




**** Anda.... nilailah sendiri....

MELAYU TIADA TEMPAT DALAM DAP....!!!

Seperti yang dijangka,mana mungkin parti yang mengamalkan rasis chauvanis dan ultrakiasu akan memberi kemenangan kepada calon calon melayu yang bertanding didalam pemilihan anggota CEC DAP.

Perwakilan DAP yang sedia rasis tidak akan sesekali memberi muka kepada melayu yang dikenali ramai sebagai bangsa kelas ketiga didalam DAP.

6 orang calon melayu iaitu Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor; Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13; Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad. Kesemuanya kalah teruk dan amat memalukan...



KONSPIRASI TENDANG KARPAL AKAN TETAP DITERUSKAN.....

Konspirasi menyingkirkan Pengerusi DAP, Karpal Singh daripada menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) akan berterusan tidak kira dalam pemilihan kali ini atau akan datang. Perkara itu berikutan wujudnya puak tertentu dalam parti yang turut didalangi pemimpin tertentu DAP untuk memastikan Karpal tidak menjadi halangan mereka ke Putrajaya. 

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, Selangor, R. Vellasamy mendakwa, ketika ini, Dinasti Lim sedang menerima tekanan dari peringkat akar umbi yang mahu Karpal terus kekal menerajui kepimpinan tertinggi parti tersebut. Menurutnya, akibat tekanan itu peluang menjatuhkan Karpal mungkin menjadi sukar. "Konspirasi menjatuhkan Karpal akan tetap berlaku, jika kali ini beliau berjaya mempertahankan jawatan, mungkin dalam pemilihan akan datang beliau akan disingkirkan.



'MEMEY MONROE' PULANGLAH.... KELUARGA MERINDUIMU.....


Rohaini memegang gambar Ahmad Suhaimi.

Ahmad Suhaimi yang dikatakan menukar jantina.

Seorang pemuda, Ahmad Suhaimi Yatim, 34, dirayu pulang ke pangkuan keluarga oleh kakaknya, Rohaini Yatim,40, kerana sudah 12 tahun terpisah dan tidak pernah bertemu dalam tempoh tersebut.


Rohaini berkata, Ahmad Suhaimi yang dilahirkan sebagai lelaki, pernah berjaya ditemui oleh bapanya tetapi dalam keadaan adiknya itu berperwatakan wanita. Namun, beliau tidak pernah kisah, apa yang penting adalah adiknya itu kembali ke pangkuan keluarga kerana mereka tidak pernah menyisih dan membuang adiknya itu.

IMIGRESEN JANJI SIASAT JUPE BERLAKON TANPA PERMIT SAH....



KUALA LUMPUR  : Pelakon seksi bermulut celupar Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati bakal berdepan tindakan tegas selepas Jabatan Imigresen berjanji meneliti status kemasukannya ke negara ini berikutan pendedahan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mendakwa aktres kontroversi itu berlakon tanpa permit sah.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan memantau kemasukan Julia dan mungkin mendapatkan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai perkara itu.

“Sebenarnya kemasukan artis seperti ini akan diuruskan orang lain dan untuk lakonan, ia hendaklah melalui Finas manakala untuk konsert melalui agensi lain.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan setakat ini, tapi kita akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

AWAS..!!! ADA JIN DALAM RUMAH ANDA....???


SEANDAINYA PERKARA-PERKARA YANG DISENARAIKAN DI BAWAH INI SERING BERLAKU DI RUMAH ANDA.... ADA KEMUNGKINAN ITU ADALAH TANDA-TANDA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH..... 
Mari kita ikuti artikel seterusnya............

1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )

SAHIH..... MELAYU TERPINGGIR DALAM DAP....!!!!!


GEORGE TOWN  :  Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, Sabtu.

Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

KENAPA PAS & PKR TAK SEDAR DIPERKUDAKAN DAP...???


Tindakan DAP yang menuntut tambahan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti menunjukkan hasrat sebenar parti tersebut yang mahu mendominasi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, DAP ternyata hanya menjadikan PAS dan PKR dalam pakatan pembangkang sebagai ‘kuda tunggangan’ semata-mata demi mencapai cita-cita politik mereka.

ISLAM DIGERUNI DAN DIKAGUMI DI BARAT......


William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 ) – mantan PM Britain zaman Queen Victoria “selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. – ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
Theodore Hertzel – pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) “misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran – ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.

GEMPAR !!! BAS DAN KP PLKN SOKONG DAP...???!!!


AHLI-AHLI CINA DAP DI DALAM BAS PLKN MENUJU KE KONGRES KEBANGSAAN DAP 

DULU DARUL EHSAN, SEKARANG DARUL MAKSIAT.....!!!


E-Kasino Dan Aktiviti Maksiat Semakin Berleluasa Di Selangor

PETALING JAYA : Pada waktu siang, mereka menjalankan perniagaan yang biasa tetapi pada waktu malam, mereka bertukar menjadi hab perjudian yang begitu sibuk di mana perjudian elektronik menjadi kegilaan di mana-mana.

Bagi keseronokan tambahan, terdapat kelab malam, pub dan tempat-tempat yang menawarkan perkhidmatan seks.

Penguatkuasaan yang berkurangan oleh pihak berkuasa telah membawa kepada kewujudan tempat-tempat sebegini di Selangor.

Starprobe menemui lokasi-lokasi itu berkembang maju di beberapa kawasan di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

GADGET CANGGIH KALIS AES...!!!


Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang.

Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera.

Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate" tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik" untuk perangkap kelajuan.

Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang.