Sunday, 16 December 2012

'MEMEY MONROE' PULANGLAH.... KELUARGA MERINDUIMU.....


Rohaini memegang gambar Ahmad Suhaimi.

Ahmad Suhaimi yang dikatakan menukar jantina.

Seorang pemuda, Ahmad Suhaimi Yatim, 34, dirayu pulang ke pangkuan keluarga oleh kakaknya, Rohaini Yatim,40, kerana sudah 12 tahun terpisah dan tidak pernah bertemu dalam tempoh tersebut.


Rohaini berkata, Ahmad Suhaimi yang dilahirkan sebagai lelaki, pernah berjaya ditemui oleh bapanya tetapi dalam keadaan adiknya itu berperwatakan wanita. Namun, beliau tidak pernah kisah, apa yang penting adalah adiknya itu kembali ke pangkuan keluarga kerana mereka tidak pernah menyisih dan membuang adiknya itu.


Ikuti laporan dari Sinar Harian 16/12/12.....


KUALA TERENGGANU – “Saya harap sesiapa mengenali atau tahu di mana adik saya, segera memaklumkan kepada akhbar ini atau saya sendiri kerana sudah 12 tahun kami tidak bertemu,” luah Rohaini Yatim, 40, kepada Sinar Harian.
Rohaini yang kini menetap di Kuala Ibai berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya, Ahmad Suhaimi Yatim, 34, ketika menyewa rumah di Jalan Banggol akhir 2000.
“Ketika bertemu, dia masih berperwatakan lelaki, tetapi daripada maklumat diperoleh dia kini sudah menukar jantina.
“Bukan niat mengaibkan dia, cuma, saya rayu dia pulang ke pangkuan keluarga. Kami tidak pernah menyisihkan dia atau membuang dia,” katanya.
Rohaini berkata, beberapa tahun lalu, bapanya pernah mencari adiknya itu dan berjaya menemuinya dalam keadaan berperwatakan wanita.
“Saya mahu dia tahu yang ibu dan abang sudah meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, tahun lalu, ada rakannya memberi alamat laman Facebooknya dengan menggunakan nama samaran Memey Monroe.
Menurut Rohaini, mana-mana individu yang mengenali atau pernah bertemu dengan Ahmad Suhaimi atau menggunakan nama samaran Memey Monroe di laman sosial Facebook memaklumkan kepada pihak akhbar atau menghubunginya di talian 019-9576620.

No comments:

Post a Comment