KUALA LUMPUR : Pelakon seksi bermulut celupar Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati bakal berdepan tindakan tegas selepas Jabatan Imigresen berjanji meneliti status kemasukannya ke negara ini berikutan pendedahan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mendakwa aktres kontroversi itu berlakon tanpa permit sah.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan memantau kemasukan Julia dan mungkin mendapatkan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai perkara itu.
“Sebenarnya kemasukan artis seperti ini akan diuruskan orang lain dan untuk lakonan, ia hendaklah melalui Finas manakala untuk konsert melalui agensi lain.
“Tidak banyak yang dapat saya katakan setakat ini, tapi kita akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.
“Sebenarnya kemasukan artis seperti ini akan diuruskan orang lain dan untuk lakonan, ia hendaklah melalui Finas manakala untuk konsert melalui agensi lain.
“Tidak banyak yang dapat saya katakan setakat ini, tapi kita akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.
Jika benar dakwaan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, Julia yang mesra dengan panggilan Jupe boleh didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Isu kemasukan aktres berusia 32 tahun itu mula mendapat perhatian media selepas wujud pertelingkahan antara kedua-dua individu gara-gara kelancangan Jupe mengutuk kualiti drama tempatan di laman twitternya tanpa memikirkan kesan terhadap diri, industri lakonan dan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Sementara itu, Zed ketika dihubungi berkata, beliau sudah ke Bahagian Pelesenan Finas untuk membuat pengesahan mengenai permit Jupe menjalani pengambaran dan difahamkan, memang ada permohonan (SPP) atas tajuk filem 'Sentuhan Malam Pertama' arahan Murali Abdullah tetapi tiada permohonan (PFA) atas kemasukan aktres itu.
"Selain itu, borang pekerja filem asing tidak direkod dalam data Finas mengenai Jupe, yang ada hanya senarai artis tempatan," katanya.
Beliau berkata, Finas menjalankan siasatan ke lokasi penggambaran melalui pasukan penguatkuasaan bahagian utara untuk tindakan lanjut dan berdasarkan mesej ringkas diterimanya, pasukan itu pergi membuat serbuan ke lokasi penggambaran di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Harian Metro kelmarin melaporkan sikap keterlaluan Jupe menghina drama tempatan membuatkan Zed Zaidi hilang kesabaran.
Malah, beliau berjanji akan menyiasat mengenai kemasukan Jupe ke Malaysia.
Zed berkata, daripada siasatannya hingga kini, nama Jupe tidak tersenarai sebagai ahli Seniman di bawah persatuan pimpinannya.
Justeru, katanya, ia melanggar syarat ditetapkan di bawah Padu Citra yang ditubuhkan untuk membela nasib karyawan, artis dan pekerja filem tempatan.
"Di bawah Seniman, nama Jupe memang tiada rekod sebagai ahli kami. Pada hal, di bawah syarat Padu Citra, dia sepatutnya lebih dulu mendaftar sebagai ahli Seniman sebelum terbabit dalam mana-mana penggambaran filem. Atas sebab itu, pada saya kedatangan Jupe ke negara ini tidak mengikut syarat ditetapkan.
"Sudahlah melanggar syarat, malah lebih biadab lagi apabila dia tidak menghormati karya seni tempatan dan menghina di laman sosial miliknya. Perkara ini sangat saya kesali," katanya.
- Harian Metro
Macam muka jantan je?
ReplyDelete