Mudahnya hidup kita di dunia moden hari ini. Celik saja mata boleh terus update Facebook, layari Youtube, tweet di Tweeter atau jika perlukan sebarang maklumat hanya perlu taip di Google. Tetapi tahukah anda disebalik semua ini apakah yang menjadi tulang belakangnya? Sila baca untuk anda lebih hargai apa yang anda nikmati hari ini.
Tuesday, 2 October 2012
SUARA KEADILAN TERUS MENIPU PEMBACA....???
Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut. Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.
MUJAHIDIN SYRIA KREATIF....
Mujahidin Syria di kawasan Jabal al-zawiya menggunakan bahagian-bahagian motosikal untuk mengendalikan mesin senjata berat ini supaya mereka boleh beroperasi secara manual.
Mujahidin menyebut, kekurangan senjata adalah sebab utama mengapa mereka masih tidak berjaya untuk menggulingkan rejim Basyar. Tambahan pula rejim dibantu oleh pakatan Syiah dari Iran, Lubnan dan juga Iraq.
Apa yang pasti, senjata sebegini bukanlah senjata yang ditaja oleh Barat sebagaimana yang dituduh oleh sesetengah golongan.
TAHNIAH !!! MAHKAMAH PUTUSKAN TANAH ITU KEKAL MILIK YBK....
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah memutuskan tanah YBK seluas 800 ekar yg dirampas dgn zalim oleh Kerajaan Negeri Selangor 2010 adalah kekal milik YBK.
Hari ini, pada 2.10.2012 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan rayuan PYBK dibenarkan dengan kos dalam kes tanah di Serendah dan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah kepunyaan PYBK di Serendah adalah TIDAK SAH. Tindakan Kerajaan Selangor melucuthakkan 4 blok tanah dan mengembalikan semula bayaran cukai tanah adalah SALAH dari segi undang-undang.
Hari ini, pada 2.10.2012 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan rayuan PYBK dibenarkan dengan kos dalam kes tanah di Serendah dan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah kepunyaan PYBK di Serendah adalah TIDAK SAH. Tindakan Kerajaan Selangor melucuthakkan 4 blok tanah dan mengembalikan semula bayaran cukai tanah adalah SALAH dari segi undang-undang.
FERI WAWASAN PERDANA TERBAKAR DI LABUAN
LABUAN: Sebuah feri penumpang terbakar di terminal feri Labuan di sini hari ini, menyebabkan beratus penumpang terkandas.
Ketika kejadian pada 6.10 pagi itu, terdapat kurang daripada 10 krew di atas feri Wawasan Perdana yang ingin memulakan trip pertama ke Menumbok. Tiada kecederaan dilapor.
Ketika kejadian pada 6.10 pagi itu, terdapat kurang daripada 10 krew di atas feri Wawasan Perdana yang ingin memulakan trip pertama ke Menumbok. Tiada kecederaan dilapor.
TENTERA BASYAR GUNA SENJATA KIMIA...???
Mujahidin Syria memegang topeng gas yang ditinggalkan oleh tentera rejim Basyar di bandar Marayan yang baru dibebaskan di utara Syria. Mujahidin memberitahu bahawa ini membuktikan bahawa rejim Basyar bukan sahaja menggunakan senjata berat untuk berhadapan mujahidin dan rakyat Syria, malahan mereka juga menggunakan senjata kimia. Teruskan berdoa untuk mereka. Semoga Allah memelihara mujahidin dan rakyat Syria.
***Kasihan umat Islam di Syria.... ujian dari Allah maha hebat untuk mereka.... semoga terus tabah.... Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang benar dan sabar.
***Kasihan umat Islam di Syria.... ujian dari Allah maha hebat untuk mereka.... semoga terus tabah.... Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang benar dan sabar.
'SYARIAT DAN KEHIDUPAN' - PROF DR. YUSUF QARDHAWI
Umat Islam kurang prihatin terhadap 'filem' penghinaan Rasulullah SAW yang berlaku di Syria apabila setiap hari wanita dan kanak-kanak dibunuh, masjid dan Al-Quran dimusnahkan......
Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof.Dr.Yusuf Qardhawi berucap
dalam rancangan (Syariat dan Kehidupan) siaran televisyen "Al-Jazeera" 17
September lalu yang membincangkan isu penghinaan terhadap Rasulullah
SAW.
Beliau berkata, umat Islam kurang prihatin terhadap 'filem' penghinaan
Rasulullah SAW yang berlaku di Syria apabila setiap hari wanita dan kanak-
kanak dibunuh, masjid dan Al-Quran dimusnahkan.
NAHAS FERI DI HONG KONG KORBANKAN 36 NYAWA
Salah satu bot penumpang yang terlibat dalam perlanggaran di Pulau Lamma, Hong
Kong lewat malam tadi
HONG KONG 2 Okt - Sekurang-kurangnya 36 penumpang maut apabila sebuah kapal persiaran yang dalam perjalanan menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Hong Kong berlanggar dengan sebuah feri dan tenggelam di perairannya, kata pihak berkuasa negara itu.
UBAT 'SHENG CHANG' DIHARAMKAN
Hiasan
Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk tradisional Jin Fei Cao San Extract Powder 'Sheng Chang' selepas dikesan mempunyai mengandungi racun berjadual 'epherine' dan 'pseudoephedrine'.
Ubat tradisional itu digunakan untuk melegakan selesema, batuk, kahak dan sakit kepala dan dikilangkan oleh syarikat Taiwan, Sheng Chang Pharmaceutical Co Ltd.
Dalam kenyataan pada Isnin, kementerian itu berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, telah membatalkan lesen pendaftaran produk yang dipegang oleh Lifecare Essential Sdn Bhd., Kuala Lumpur, pada 27 Sept lepas.
Mana-mana pihak yang memiliki stok produk berkenaan dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu serta-merta, katanya. - BERNAMA
mStar 2/10/12
LELAKI PALING SEKSI DI DUNIA 2012 ADALAH PONTIANAK.....????
Rekod populariti pontianak kegilaan ramai, Robert Pattinson aka Robpattz, nampaknya semakin cemerlang. Kali ini, aktor 26 tahun dinobat sebagai lelaki terseksi di dunia buat kali keempat berturut-turut.
KEMBAR MENANG RATU CANTIK LUBNAN
Lubnan – Sepasang kembar, Rina dan Romy Chibani mencatat sejarah selepas memenangi tempat pertama dan kedua dalam pertandingan ratu cantik, Miss Lubnan 2012.
NEGERI PR MAHU BUBAR DUN SEBELUM PARLIMEN DIBUBAR....???
Gempar!!! Negeri Pakatan Mahu Bubar DUN Sebelum Parlimen Dibubar?!!!
KETUA BIRO REUTERS SEBAR FITNAH MENENTANG SISTEM ISLAM ???
Salah satu rakaman disiarkan Thomson Reuters dianggap fitnah oleh Ira
TEHERAN - Ketua Biro agensi berita Thomson Reuters didakwa menyebar fitnah dengan tujuan menentang sistem Islam menerusi penyiaran video ringkasan cerita melibatkan sekumpulan wanita tempatan melakukan latihan seni mempertahankan diri ala ninja.
DISEBALIK TABIR PENGGAMBARAN FILEM 'BALUN' DI KAMUNTING
Pada hujung minggu yang lepas, kami telah dibawa ke lokasi penggambaran filem terbaru edaran Grand Brilliance — Balun.
Filem ini diarahkan oleh anak kepada Dato’ Aziz Singah iaitu Bob Singah. Penggambaran filem ini dijalankan di Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan.
SENJATA API PENJENAYAH BONNIE AND CLYDE DILELONG
WASHINGTON – Senjata api yang digunakan
oleh pasangan kekasih yang menjadi penjenayah sekitar 1930-an, Bonnie
dan Clyde yang mati ditembak dalam satu serbuan di Louisiana, dilelong
dengan harga lebih AS$500,000.
NURUL IZZAH CAMPURTANGAN PR KAMPUS UM...???
Nurul Izzah komplen pasal campurtangan dalam Pilihanraya Kampus, tapi ini yang pegawai dia campurtangan ini boleh pulak?
Nurul Izzah, anda memang Hipokrit.
Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, yang kini mula digelar Wakil Rakyat Pilihanraya atau Election MP kata orang putih sebab dulu tak nampak batang hidung tapi kini muncul di sana-sini, mempertikaikan campurtangan Pihak Eksekutif dalam Pilihanraya Kampus.
Dengan kata lain, dia kata BN campurtangan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, yang kini mula digelar Wakil Rakyat Pilihanraya atau Election MP kata orang putih sebab dulu tak nampak batang hidung tapi kini muncul di sana-sini, mempertikaikan campurtangan Pihak Eksekutif dalam Pilihanraya Kampus.
Dengan kata lain, dia kata BN campurtangan.
Ridzuan, Setiausaha Parlimen Nurul Izzah, di Pilihanraya Kampus UM |
BR1M ONLINE : PANDUAN DAFTAR BR1M 2.0
Cara-cara mendaftar BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dilakukan dengan dua kaedah pendaftaran, iaitu mendaftar secara atas talian (online) atau dengan borang pendaftaran BR1M 2.0 melalui kaunter diPejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara.
Tarikh daftar Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM 2.0 ialah pada November 2012. Panduan mendaftar dan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM 2.0 juga akan dimaklumkan melalui media massa dan elektronik. Tertakluk pada perubahan semasa.
Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 kali ini juga diperluaskan kepada golongan bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2000 dan berumur 21 tahun ke atas. Bagi yang layak, mereka akan menerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia secara One Off sebanyak RM250.
Menepati Tema Bajet Belanjawan 2013 Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati. Pemberian BRIM 2.0 ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit.
Menepati Tema Bajet Belanjawan 2013 Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati. Pemberian BRIM 2.0 ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit.
Berita dan Informasi tambahan BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia juga boleh dirujuk di 1malaysia.com.my