Tuesday, 2 October 2012

DISEBALIK TABIR PENGGAMBARAN FILEM 'BALUN' DI KAMUNTING



Pada hujung minggu yang lepas, kami telah dibawa ke lokasi penggambaran filem terbaru edaran Grand Brilliance — Balun.

Filem ini diarahkan oleh anak kepada Dato’ Aziz Singah iaitu Bob Singah. Penggambaran filem ini dijalankan di Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan.


Membariskan nama-nama pelakon yang sedang meningkat naik seperti Beto Kushairy, Izara Aishah, Dato’ Eizlan Yusof, Reen Rahim, Namron dan ramai lagi.

Pada asalnya filem ini diberi judul ‘Putera’, setelah berbincang bersama team produksi filem ini diberi judul ‘Balun’ selaras dengan skrip yang telah dirombak mengikut peredaran dan selera penonton pada masa kini.

Ketika sidang media, walau telah banyak filem aksi diterbitkan produksi tempatan pengarah begitu optimis dengan genre ini kerana beliau mengetengahkan aksi seni mempertahankan diri.


Kebanyakan filem aksi masa kini lebih berlatar belakangkan isu gangsterisme. Maka lahirlah filem ‘Balun’ yang berpaksikan seni mempertahankan diri. Pengarah juga turut berkongsi bersama pihak media bahawa ini adalah kali pertama beliau menjalani penggambaran bersama para pelakon yang terlibat.

Kebanyakan lokasi penggambaran dijalankan di sekitar kawasan Kamunting dengan kerjasama pihak kerajaan negeri Perak. Penggambaran filem ini telah dimulakan pada awal bulan september dan dijangka berakhir dalam bulan Oktober 2012.
Antara aktiviti lain yang turut dijalankan adalah perlawanan futsal antara krew produksi dengan pihak Polis Di Raja Malaysia.

ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment