Tuesday, 2 October 2012

KETUA BIRO REUTERS SEBAR FITNAH MENENTANG SISTEM ISLAM ???

Ketua Biro Reuters sebar fitnah
Salah satu rakaman disiarkan Thomson Reuters dianggap fitnah oleh Ira


TEHERAN - Ketua Biro agensi berita Thomson Reuters didakwa menyebar fitnah dengan tujuan menentang sistem Islam menerusi penyiaran video ringkasan cerita melibatkan sekumpulan wanita tempatan melakukan latihan seni mempertahankan diri ala ninja.
Jurucakap panel mahkamah khas media memberitahu, Parisa Hafezi berketurunan Iran dianggap bersalah menyebarkan propaganda melibatkan rakaman video pada Februari lalu, membawa satu tajuk yang mengetengahkan latihan pembunuh upahan wanita.

"Selepas itu, tajuk laporan tersebut telah diperbetulkan Reuters sekali gus membawa kepada penggantungan kakitangan Reuters di Teheran pada Mac lalu termasuk kebanyakan petugas agensi berita itu ditukarkan ke Dubai selain Hafezi yang disekat daripada meninggalkan Iran," katanya.

Jurucakap Reuters, Barb Burg berkata, pihaknya faham dengan pandangan pihak juri hakim dan kini sedang menunggu keputusan mahkamah serta enggan mengulas lanjut perkara itu.

Setakat ini, mahkamah media jarang sekali berhadapan dengan tuduhan-tuduhan melibatkan agensi berita antarabangsa tetapi sering mengeluarkan keputusan terhadap media tempatan mengenai pelbagai kes pencabulan dan hukuman termasuk denda-denda, menutup kes atau hukuman penjara.

Pada minggu lalu, sebuah akhbar arus perdana Shargh disekat selepas menyiarkan satu karikatur konservatif yang ditafsirkan sebagai penghinaan kepada veteran perang.

Sebelum itu, pihak berkuasa Iran pernah membatalkan kelayakan kakitangan media asing serta mengeluarkan pekerja asing yang menyiarkan laporan yang dianggap kurang menyenangkan kerajaan seperti temu bual bersama tokoh-tokoh pembangkang.

Selepas pelantikan semula Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada 2009, Mahkamah Revolusi yang berkuasa di Iran kembali mengambil beberapa kes media berprofil tinggi termasuk kes wartawan agensi Newsweek, Maziar Bahari yang telah dibebaskan dengan wang jaminan $300,000 (RM) pada Oktober setelah hampir empat bulan ditahan.
 

Sinar Harian - Global 2/10/12

No comments:

Post a Comment