Tuesday, 2 October 2012

SANGGUP DAGING DAN TULANG MENJADI BUSUK HANYA KERANA DADAH...!!!!


Kesan Dadah Yang Sangat Mengerikan


Sejenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan mematikan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para pengguna.
Krokodil termasuk jenis desomorphine sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain

Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $40/dos di Rusia. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dengan Kodein - ubat penghilang rasa sakit  dan bahan-bahan konsumsi rumah tangga yang lain.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari Ubat terlarang ini. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat fatal, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit pengguna. Kulit dan daging mangsa terrkelupas dari tulangnya.

Gambar sangat mengerikan, tidak sesuai untuk orang-orang yang sensitif terhadap luka.







No comments:

Post a Comment