Thursday, 19 July 2012

JANGAN ROBOHKAN PANGGUNG MAJESTIC, IPOH....

Gambar Hiasan

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak pernah memberi atau mengeluarkan permit bagi meruntuhkan bangunan Panggung Majestic berusia 70 tahun yang pernah menjadi ikon di bandar raya Ipoh suatu ketika dahulu.


Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim, sehubungan itu berkata, pemaju yang meruntuhkan bangunan itu akan dikenakan tindakan kerana merobohkan bangunan bersejarah itu.
“Sebenarnya, bekas panggung wayang itu antara bangunan disenaraikan untuk dipulihara menerusi Pelan Struktur Pemuliharaan Ipoh.
“MBI sudah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja (merobohkan bangunan) kepada pemaju pada 26 Jun dan mereka sudah memohon maaf.
“Kami akan mengadakan pertemuan dengan pemaju berkenaan untuk mencari jalan bagaimana mahu menyelamatkan bangunan itu yang sudah hampir roboh,” katanya dipetik dalam ruangan Suara Komuniti BH, baru-baru ini.
Beliau mengulas rasa tidak puas hati seorang pencinta sejarah berhubung kejadian bangunan bersejarah Panggung Majestic di Jalan C M Yusuf dirobohkan.
Individu itu mempersoalkan mengapa tindakan itu dilakukan dan adakah pihak berkuasa tempatan membiarkan sahaja tindakan itu sedangkan ia warisan yang perlu dipulihara.
Beliau berkata, terdapat 114 lokasi di sekitar Ipoh yang berada dalam senarai dipulihara terutamanya sekitar Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan St John, Jalan S P Seenivasagam dan Jalan Tun Sambathan.
Oleh itu, mana-mana pemaju mana-mana pemaju yang ingin melaksanakan sesuatu projek di kawasan berkenaan perlu mendapatkan pengesahan MBI supaya kawasan dibangunkan itu tidak termasuk dalam Pelan Struktur Pemuliharaan Ipoh, katanya lagi.

No comments:

Post a Comment