Thursday, 19 July 2012

ABBY ABADI...RIAK BERTUDUNG....

Kalau anda mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, selebriti itu kini memang sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri dan hey, itu sesuatu yang bagus.

Walaupun di’cabar oleh Dato’ AC Mizal untuk berdebat tentang isu ISA & PDRM, Abby Abadi tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama & politik beliau kini.
Awal pagi tadi, Abby Abadi telah menulis melalui Twitter beliau meminta pandangan tentang keadaan kini di’mana ramai wanita tidak menutup aurat & menjadi perkara biasa.
“Kanapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh?”
Ayat Abby Abadi kami strukturkan semula supaya senang anda baca. Yang penting, pertanyaan Abby Abadi itu mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.
Kebanyakkan mereka yang tidak senang dengan pertanyaan Abby Abadi ini berkata selebriti ini masih belum layak mempersoal aurat orang lain oleh kerana sejarah silam’nya yang juga dahulu’nya tidak menutup aurat.



Portal hiburan Murai hari ini juga memetik persoalan orang ramai tentang penghijrahan Abby Abadi yang di’katakan lebih berunsur politik berbanding mendalami ilmu agama itu sendiri.
Memetik tulisan artikel tersebut, apakah dengan penghijrahan awal tersebut, Abby Abadi sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan? Hmm.-Rotikaya

No comments:

Post a Comment