Sunday, 8 September 2019

KENAPA LUKIS MURAL PEMIMPIN NEGARA INDIA DI SJKT ?


Lokasi : SJKT Mahatma Ghandi Kalasalai, Sungai Siput (U), berhampiran JPJ Kg Simee, Ipoh.

Sekolah ni sekolah kerajaan, gurunya pun guru kerajaan, bantuan persekolahan pun kerajaan, kerja- kerja selenggara pun kerajaan.


Tapi satu habuk tentang pemimpin negara dan kerajaan pun tiada. Yang dia letak gambar pemimpin-pemimpin negara india...

Ape kejadahnya nak letak gambar pemimpin negara India kat Malaysia?.... 
Entah-entah lagu Negaraku pun lagu negara India...







*********************************************************************************

APA MOTIF LUKIS MURAL PEMIMPIN NEGARA INDIA DI SJKT?

 GAMBAR dinding hadapan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Sungai Siput, Perak yang memaparkan lukisan mural didakwa tokoh pemimpin dari negara India mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen.

Mula tular sejak semalam, gambar itu dimuat naik seorang warganet dipercayai diambil dari dinding SJKT Mahatma Ghandi Kalasalai.

Rata-rata netizen mempersoalkan kenapa gambar pemimpin tempatan tidak dijadikan sebagai lukisan, sebaliknya pemimpin dari negara asing dipilih.

Sedangkan terdapat pemimpin dalam kalangan kaum itu yang berjasa kepada negara seperti Tun V T Sambanthan dan Tun S Samy Vellu.

Sehingga pagi ini, status berkenaan menerima 4,500 perkongsian dan 3,900 komen yang mana rata-rata mahukan penjelasan terhadap lukisan mural di sekolah berkenaan dan menyifatkannya tidak patriotik.

Portal Harian Metro memetik kenyataan guru besar sekolah berkenaan, T Muthuselvan yang menafikan dakwaan pihaknya tidak patriotik.

Beliau sebaliknya memberitahu, lukisan mural di kawasan sekolah berkenaan belum lagi disiapkan.

“Lukisan mural seterusnya di dinding dalam kawasan sekolah akan dilukis dengan wajah tokoh negara,” katanya.

Katanya, lukisan mural itu adalah projek diilhamkan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masih belum siap sepenuhnya manakala gambar ditular hanya mural di luar pagar sekolah.

Muthuselvan memberitahu, perkara itu seharusnya tidak perlu diperbesarkan kerana projek itu akan disusuli dengan projek menceriakan dinding bahagian dalam halaman sekolah dengan menginspirasikan tokoh tempatan.

“Mural seperti ditularkan baru sahaja siap kira-kira dua minggu lalu dan kita sememangnya sudah merancang untuk menyambung semula projek ini dalam halaman kawasan sekolah dalam masa terdekat,” jelasnya.

Namun, tidak dijelaskan kenapa wajah pemimpin India digunakan dalam mural berkenaan sebaliknya Muthuselvan menjelaskan, ia adalah “situasi sama di banyak SJKT yang lain”.

“Kalau kita lihat di SJKT lain pun, situasinya sama iaitu gambar tokoh pendeta bahasa Tamil akan menghiasai pagar sekolah di bahagian luar.

“Tambahan pula, kami sudah pun merancang sejak sebulan lalu selain memperuntukkan ruangan di sebelah dalaman perkarangan sekolah yang akan dihiasi gambar bertemakan tokoh sasterawan dalam negara termasuk Usman Awang,” katanya.

No comments:

Post a Comment