Tuesday, 10 September 2019

ELAKKAN 5 MAKANAN DARI DIMAKAN BERSAMA DURIAN


5 Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Bersama Durian
Kaki makan durian jika dah tahu ni ok!

Durian adalah buah yang sangat unik kerana ada yang sangat meminati dan ada juga yang sangat membenci raja buah ni.

Bau dan rasanya yang menyengat membuatkan buah ini salah satu buah yang sangat istimewa.
Namun bagi pencinta durian, anda kena tahu sebenarnya nak makan durian ni ada pantang larangnya dan buah ini tidak boleh digandingkan dengan sesetengah makanan.

Antaranya ialah:

Image result for SUSU

1  ➤➤  SUSU

Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian. Ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur yang dimiliki susu. Jadi jika dimakan bersama, tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.


2  ➤➤  KOPI

Kafein aktif dalam kopi membuatkan jantung kita berdegup lebih laju dan mampu menyebabkan suhu badan manusia menjadi lebih panas. Disebabkan kesan memakan keduanya durian dan kopi adalah sama, jadi untuk digandingkan bukan lah idea yang baik terutama untuk pesakit jantung.


3  ➤➤ TERUNG

Mungkin ramai yang tidak tahu, terung juga boleh menaikkan tubuh badan manusia apabila dikonsum. Dan kesannya adalah sama seperti kopi.

Image result for fresh crab

4  ➤➤ KETAM

Daging ketam mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, begitu juga buah durian yang mengandungi karborhidrat serta lemak tinggi.

Jadi jika seseorang yang mempunyai kolestral tinggi makan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan.


Image result for daging lembu

5  ➤➤ DAGING LEMBU ATAU KAMBING

Daging lembu dan kambing memberi kesan panas pada suhu badan kita dan sebaiknya tidak dimakan waktu berdekatan dengan durian.

Perkara ini akan membawa kepada peradangan atau inflamasi pada tubuh anda. 

Kredit ; Goodyfeed.com

No comments:

Post a Comment