Wednesday, 19 October 2016

SUSPEK BUNUH BAKAL ABANG IPAR BERJAYA DIBERKAS

20161019_194114
Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kes bunuh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata lelaki yang dikenali sebagai Mohd Hafiz Mohamad itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengahari di tepi Jalan Jeram , Kampung Petai Bubus dekat Jeram Manir, di sini.
img-20161019-wa0035
Penangkapan suspek Hafiz telah menyelesaikan kes pembunuhan tragis pegawai JPJ Muhammad Shukri Hussin di tempat letak kereta Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu pada hari Ahad minggu ini yang berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang mengamuk apabila mangsa berjaya membongkar bahawa dia sudah berkahwin, bukan bujang sebagaimana didakwa sebelum kejadian.
Baca seterusnya... di sini

No comments:

Post a Comment