Tuesday, 18 October 2016

'BALING ULAR' - PROGRAM ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DERA MENTAL MURID PEREMPUAN ???


KECOH jadinya laman sosial hari ini apabila video viral yang memaparkan sekumpulan murid perempuan menjerit ketakutkan akibat dipaksa terjun ke dalam kolam yang dicampak dengan ular.

Program yang difahamkan merupakan anjuran Anggota Pertahanan Malaysia (APM) itu mengundang kecaman ramai kerana tindakan fasilitator yang mencampak ular kepada murid adalah tindakan ekstrim melampau.
Perkara ini membuatkan laman Facebook Mynewshub turut ‘diserang’ ribuan komen daripada netizen yang mengecam tindakan kurang bijak fasilitator program bina jati diri berkenaan.
Entah apa yang difikiran golongan ini namun bagi kami, apa sebenarnya yang berlaku adalah PENDERAAN kepada murid-murid.




Jika diperhatikan kembali kepada video, salah seorang daripada anggota APM itu turut dilihat menggunakan pancutan hos air yang digunakan untuk ditembak kepada peserta-peserta.
Sudahlah mencampak ular ke dalam kolam, kemudian ditembak pula dengan air agar menyusahkan peserta-peseta yang cuba melarikan diri daripada ular.
Bukan setakat itu sahaja, murid-murid perempuan berkenaan turut disergah supaya memberanikan diri. Apa masalah anggota APM ini?
Ini hanyalah memberikan mereka trauma akibat kecederaan emosi yang seterusnya membuatkan mereka mungkin akan menjadi sangat penakut selepas menyertain program.
Ada yang meminta agar pelatih program berkenaan dikenakan tindakan undang-undang jika wujud sebarang elemen ganguan seksual dan mental peserta selepas daripada kejadian itu. Ya kami amat menyokong tindakan ini!
Namun masih ada individu yang seakan menyokong tindakan anggota APM yang mana menurut mereka kononnya murid-murid masa kini dinilai ‘manja’ dan seharusnya dikenakan pelbagai elemen seperti latihan sebegini.
Mungkin tidak kena kepada batang hidung mereka, boleh lah berkata macam-mcam, tapi cuba bayangkan jika anak mereka sendiri yang berada di dalam kolam dengan seekor ular?  -MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment