Friday, 28 October 2016

BUNUH DIRI DI JAMBATAN PULAU PINANG KEDUA : MAYAT TELAH DITEMUI


Tragedi yang menimpa seorang individu di mana nota terakhir beliau meminta agar di'viral'kan surat amanatnya telah terjawap dengan penemuan mayat pagi ini yang dipercayai sebagai individu tersebut.

Mayatnya ditemui dengan kakinya diikat dengan beg yang berisi batu bata.

Dalam 'amanat' terakhirnya beliau berulang kali memohon kemaafan daripada keluarga, isteri serta anak anaknya atas tindakan nekad membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang Kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) kerana tertekan dengan tindakan yang dihadapinya atas kesalahan menjual rokok seludup. Emosinya yang cuba meletakkan kesalahan terhadap kerajaan bagaimanapun tindakan yang dilakukan itu menerima kritikan hebat dari masyarakat.


Satu nota balasan terhadap amanat beliau semalam menjadi 'viral' dalam media sosial di mana surat ini lebih merupakan sindiran terhadap mana mana individu yang cuba mengambil jalan singkat apabila berhadapan dengan masalah.
Dengan penemuan mayat itu kes ini mungkin boleh selesai namun pasti akan menimbulkan persoalan kepada rakyat.
Adakah Polis DiRaja Malaysia akan menyiasat samada benar mangsa mengambil tindakan itu hanya kerana kes rokok seludup atau mangsa ada terlibat dengan kes lain umpamanya terbabit dengan pinjaman dari 'Along'?
Berikut perincian laporan :
NAMA KEJADIAN : Mangsa Terjun Jambatan ( Jambatan Pulau Pinang 2 )
LOKASI / ALAMAT : KM 11.3 menghala ke Batu Maung, Jambatan  Pulau Pinang ( 2 ).
TARIKH : 26/10/2016
MASA TP : 0840-hrs
MASA JK : 0841-hrs
MASA JS : 0848-hrs
TINDAKAN & JENTERA : 1-Pajero ( PPDA Perai ) - 28/10/2016
JENTERA BANTUAN : Unit Marin ( 1 Bot Dolphin x 2 PPDA x 2 Jurumudi dan 1 Bot Aluminium x  2 PPDA) - 28/10/2016
JUMLAH KEANGGOTAAN : 5 orang termasuk Komander Operasi
KOMANDER OPERASI : PBK II Mazli Bin A. Mutalib
KOMANDER OPERASI KANAN : PKPgB Mohd Affendy Bin Ishak (KOK Perai)
MANGSA   01 Orang ( Lelaki )
NAMA MANGSA Mohd Sukri Bin Saad (Berumur 38 tahun)
RINGKASAN KEJADIAN : 
Maklumat awal dari pemanggil menyatakan terdapat sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 ditinggalkan di atas jambatan bersama-sama sebuah telefon bimbit. Pemanggil juga memaklumkan ternampak mangsa telah terjun ke dalam laut dan timbul, kemudianya terus tenggelam. Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan dan  di bantu oleh Pasukan PPDA JBPM, APMM, Polis Marin dan  APM .
TINDAKAN YG SEDANG DILAKUKAN : 
Laporan terkini 28/10/2016 (0900 Hrs). Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan mengenai penemuan mayat di permukaan laut oleh sekumpulan nelayan, 1 batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun pada jam 0813 hrs. 
Komander Operasi Pasukan PPDA JBPM serta Komander Operasi Kanan keluar ke lokasi penemuan mayat pada jam 0829 hrs. 
Mayat mangsa ditemui ( N 05°1521.1 E 100°1943.7) pada jam 0902 hrs dan kerja-kerja mengangkat mayat dilakukan untuk dibawa ke Jeti Batu Musang untuk disererahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya. Komander Operasi lapor kerja-kerja Operasi Mencari dan Menyelamat selesai dan bertolak balik ke Pangkalan Unit Marin JBPM Bomba .  
BANTUAN AGENSI LUAR : APMM ,Polis Marin dan APM.
PEGAWAI KANAN : -
OPERASI TAMAT: 0940 hrs
Berikut adalah status Facebook Mohd Sukri Saad, 39, dipercayai sebelum beliau terjun di Jambatan Pulau Pinang Kedua....





No comments:

Post a Comment