Thursday, 27 October 2016

BUNUH DIRI DI JAMBATAN PULAU PINANG KEDUA : JASAD MASIH BELUM DITEMUI


Berikutan tindakan nekad seorang elaki yang bertindak terjun
daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah semalam, gerakan mencari Mohd Shukri Saad telah dilakukan oleh pasukan Bomba dan penyelamat serta dibantu oleh Polis Marin, APMM dan beberapa agensi yang berkaitan.


Menurut Komander Operasi, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dihentikan pada jam 7 malam semalam telah diteruskan pada jam 8 pagi tadi dan dibantu oleh APMM, Polis Marin, APM dan beberapa bot nelayan. Operasi diteruskan dengan membuat “Surface Sarching” di beberapa kawasan yang telah dibahagikan kawasan pencarian.

Turut digerakkan adalah dua orang penyelam dari Pasukan PPDA JBPM Pulau Pinang telah turun membuat selaman di lokasi mangsa disyaki terjun. Keadaan semasa pada jam 10 pagi ketika membuat selaman dilaporkan kedalaman air setinggi 13.6 kaki, kadar kejelasan air adalah 0° dan arus air tidak terlalu laju.

Selaman pertama dilaporkan masih tidak dapat mengesan mangsa dan keadaan di dasar adalah lumpur. 

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rosmaidi Baharuddin berkata, tinjauan daripada udara turut dilakukan oleh helikopter Agusta dari APMM  bagi mengesan mangsa. 

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. 

Berita sebelum ini menyatakan bahawa negara dikejutkan dengan tindakan nekad seorang penjual rokok seludup, Mohd Shukri Saad yang bertindak terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Pulau Pinang Kedua). Semuanya gara-gara tekanan perasaan kononnya dia bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan menjual rokok seludup dan berhadapan dengan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Yang agak 'melucukan' ialah tindakan Shukri yang kononnya tertekan akibat pendakwaannya, masih sempat menulis status dilaman sosial kononnya hidupnya tertekan angkara desakan hidup serta polisi yang diamalkan kerajaan sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan nekad untuk membunuh diri.

Ada yang berfikir bahawa hakikat sebenar yang cuba dimainkan oleh Shukri adalah, dia cuma mengikut jejak langkah Mohamed Bouazizi, seorang pemuda yang telah membakar dirinya sebagai protes terhadap tindakan kerajaan Tunisia yang menekan rakyat dengan cukai yang tidak masuk akal.


Modus operandinya sama, Bouazizi sebelum mengambil tindakan nekadnya telah meninggalkan satu nota dimana dia akan melakukan satu tindakan nekad yang boleh menyebabkan kerajaan Tunisia tumbang. Hasilnya, sebaik sahaja Bouazizi membakar dirinya, kerajaan Tunisia benar-benar tumbang. Ini diikuti oleh Mesir, Libya dan Syria dimana negara berkenaan masih dalam tempoh berperang untuk tahun kelima.

No comments:

Post a Comment