Monday, 6 June 2016

PESAWAT MH01 ALAMI GEGARAN UDARA TERUK SELAMAT MENDARAT DI KLIA

Penumpang, Anak Kapal MH01 Cedera Akibat Gelora Udara
Beberapa penumpang dan anak kapal cedera ringan apabila pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01 dalam penerbangan dari London menuju ke Kuala Lumpur mengalami keadaan gelora udara yang teruk ketika berada di ruang udara Teluk Bengal, hari ini.

MENCERITAKAN detik cemas itu seorang penumpang wanita warga Singapura berusia dalam lingkungan 50-an itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mary, menyangka beliau akan menemui ajal semasa gegaran menakutkan itu berlaku.
FW473959_PTJ22_050616_MH01-lpr
Beliau berkata gegaran udara itu berlaku kira-kira lima minit dalam masa tiga jam sebelum pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
“Saya duduk di bahagian dek atas. Pesawat itu seakan-akan terhentak ke bawah sebelum melambung semula ke atas. Ketika itu, anak kapal hendak mengedarkan makanan kepada penumpang…saya lihat bungkusan makanan bertaburan daripada troli makanan.
“Saya juga nampak seorang pramugari terhantuk kepalanya sebelum terjatuh dan luka di lutut,”katanya sambil memberitahu juruterbang turut membuat pengumuman meminta semua penumpang memakai tali pinggang keselamatan semasa insiden itu.
Mary, yang tidak cedera dalam kejadian itu, ditemui semasa menemani temannya seorang warga Malaysia mendapatkan rawatan kerana kecederaan di tulang pinggul di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya.
Beliau yang merancang bercuti beberapa hari di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Singapura, tidak menyangka akan menghabiskan masanya di Hospital Putrajaya selepas tiba dari London.
Setakat 10.30 malam ini, lima penumpang MH01 yang cedara telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.
MAB dalam kenyataannya hari ini berkata beberapa penumpang dan anak kapalnya cedera ringan apabila pesawat MH01 itu, yang dalam penerbangan dari London menuju ke Kuala Lumpur, mengalami gegaran udara teruk ketika berada di ruang udara Teluk Bengal.
Pesawat jenis Airbus A380 itu bagaimanapun, selamat mendarat bersama 378 penumpang dan anak kapal di KLIA pada 6 petang tadi.
Sejumlah kecil penumpang dan anak kapal yang cedera diberi rawatan oleh pegawai perubatan sejurus pesawat itu mendarat di KLIA.
Kenyataan itu menyebut MAB telah membantu kesemua penumpang dan anak kapal serta memohon maaf di atas sebarang kesulitan berikutan keadaan cuaca yang di luar kawalan. – BERNAM

No comments:

Post a Comment