Wednesday, 8 June 2016

KAK MAS MAHU REALISASIKAN 'VENICE IN THE EAST' DEMI PENDUDUK KUALA KANGSAR


Apabila membaca jawapan Mastura Mohd Yazid kepada beberapa soalan yang ditujukan, kita akan mengakui visi out of the box tetapi menarik Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad untuk memajukan Parlimen Kuala Kangsar.


Dan dalam masa yang sama, kita juga akan faham maksud ayat 'meneruskan legasi' yang dinyatakan oleh kepimpinan BN dan betapa detailnya calon BN ini dengan segala misi dan visi yang dirancang oleh Allahyarham Wan.

Kita ikuti soal jawab di bawah :
S: Antara isu yang sering dibangkitkan ialah kenapa Datin bersedia untuk bertanding? 
J : Saya bertanding memandangkan usaha Allahyarham yang masih banyak perlu diselesaikan. Perkara yang saya nak dibawa di Kuala Kangsar ini adalah perkara besar yang perlu diberi perhatian khusus dan saya sendiri mempunyai personal knowledge (pengetahuan secara peribadi) mengenainya sebab saya selalu bersama Allahyarham ketika beliau memikirkan apa yang harus dibuat dan sedikit sebanyak diminta untuk memberi pandangan. 
Pada masa sama, saya rasa saya boleh memberi sentuhan yang sama kepada kerja Allahyarham, jadi itu juga saya rasa penduduk Kuala Kangsar perlukan daripada wakil mereka. 
S: Boleh jelaskan projek besar yang perlu diselesaikan itu? 
J: Pertama, pembinaan Jambatan Manong, kedua projek membaik pulih dan pembangunan tebing sungai pesisiran Kuala Kangsar dan ketiga projek pelancongan yang hendak dibawa Allahyarham. Supaya meletakkan Kuala Kangsar di peta dunia dan terkenal sama hebat seperti kota (lain) yang terletak di tebing sungai. 
Mungkin perkara ini macam sedikit lucu, tetapi seperti dia (Allahyarham suami) kata, "you like to have Venice in the east" (awak suka ada Venice di Timur) di Kuala Kangsar. Projek Jambatan Manong pula, ia memberi banyak kemudahan kepada penduduk Manong kerana penduduk menunggu sekian lama tetapi sampai sekarang masih dalam pipeline (Perancangan) 
Pembinaan jambatan dari Manong ke Bekor, sekarang sudah ada jeti (menaiki sampan), (tetapi) mereka (penduduk) mahu jambatan dan tidak merbahaya kepada penduduk. 
Potensi sungai di Kuala Kangsar (pula) tidak dipergunakan sepenuhnya (kerana) sepatutnya potensi itu dibawa sampai peringkat di mana pelancong boleh duduk dan bermalam di tepi sungai di Kuala Kangsar tetapi pada masa sama kualiti air sungai harus diperbaiki.= 
S: Apa projek lain yang mahu direalisasikan Allahyarham. 
J: Satu lagi projek yang beliau impikan ialah di Menora, iaitu masuknya 'highway' (pembinaan susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan). Jadi satu jalan pintas terus ke Senggang dan Menora, jadi akan wujud satu bandar baharu di situ dan menaikkan ekonomi orang Kuala Kangsar di kawasan itu. 
Ini impian Allahyarham yang sangat lama daripada dahulu lagi. Kadang-kadang (jika) kami dalam keadaan (hendak) cepat, kami berhenti di situ (R&R) tinggalkan kereta dan naik (keluar dari lebuh raya) melalui pagar belakang. 
Kemudian kami guna kereta lain dan terus ke Senggang dan tidak perlu masuk ke bandar Kuala Kangsar. Ini sudah lama Allahyarham fikirkan mungkin ramai yang terfikir nak (buat) perkara yang sama. 
S: Semua yang Datin fikir itu mungkin orang lain boleh buat, kenapa Datin masih mahu jadi wakil rakyat dan tidak beri kepada orang lain menjayakannya? 
J: Sebab itu adalah projek besar. Yang saya tidak sebut adalah perkara yang sangat personal (peribadi) yang Datuk hendak buat di Kuala Kangsar yang memerlukan personal touch Datuk sendiri, iaitu menjadikan Kuala Kangsar sebagai bandar ilmu. 
Supaya ada sekolah agama, mungkin wujudkan satu lagi universiti, tambah dengan MRSM. Ia jadi bandar seperti Oxford dan Cambridge dan pada masa sama pelancongan. Pelancong masuk dalam bandar ilmu, ada kraf tangan dan mewujudkan prasarana istana dan budaya. Itu yang paling dekat dengan Datuk, prasarana ini keperluan yang ada di Kuala Kangsar.
Sememenangnya, akan ada calon boleh membuatnya tetapi persahabatan dan kerjasama Datuk dengan semua ketua jabatan sudah terjalin begitu lama dan bukan semua wakil atau calon boleh bina semula persahabatan itu dan untuk membuat projek sebesar itu memerlukan kesatuan yang begitu bagus. Itu pandangan saya. 
S: Jadi, Datin yakin boleh membangunkan impian yang mahu dilaksanakan oleh Allahyarham jika terpilih menjadi Ahli Parlimen?
J: Ya, saya harus, saya tidak ada pilihan, saya mesti menyelesaikan semua kerja yang Allahyarham impikan untuk orang Kuala Kangsar. Saya tahu dia bekerja begitu kuat untuk mendapatnya tetapi sehingga kini masih lagi dalam perancangan. 
Saya tahu itu, setiap kali ada persidangan Parlimen, dia akan berjumpa menteri tertentu untuk pastikan projek itu dipercepatkan.  
S: Orang melihat Allahyarham seorang yang begitu dikenali dan ada kelebihan. Jadi, bagaimana Datin mahu memberi khidmat yang setara atau lebih daripada Allahyarham? 
J: Sebenarnya, tak ada pemimpin di Kuala Kangsar ini yang boleh menandingi kehebatan Allahyarham, termasuk saya walaupun saya isterinya. Allahyarham ini seorang pemimpin yang sangat ikhlas ketika berjuang dan langsung tidak meletakkan dirinya lebih penting daripada rakyat. 
Oleh itu, saya akan berusaha sebaik mungkin dan ketika saya berjumpa dengan jentera parti, saya katakan kepada mereka satu perkara, saya akan buat sebaik mungkin seperti Allahyarham. Saya akan menambah baik di mana saya rasa Allahyarham juga mahu penambahbaikan itu, jadi saya akan mencuba sebaik mungkin. 
S: Kempen ini turut menonjolkan anak, terutama anak sulung, Wan Emir Astar. Adakah beliau berminat menceburi politik? 
J: Emir sebenarnya amat berminat dalam seni bina. Beliau juga seorang aktivis dan ketika di London, beliau aktif dalam Kelab UMNO London, namun beliau selalu menzahirkan kepada saya untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang arkitek. Ini (membantu kempen) beliau buat semata-mata untuk ibunya, jiwa Emir lebih kepada ruang arkitektur, dia menyerah dirinya buat masa ini untuk membantu saya
Memang begitu terperinci visi dan perancangan calon BN ini untuk rakyat Kuala Kangsar. Ianya bukan dongengan dan kata-kata manis seperti puak Pembangkang yang akan hanya hadir menabur janji semasa pilihanraya tetapi hilang lesap selepas itu.

Jika difikirkan, pengundi Kuala Kangsar tidak mempunyai masaalah untuk memilih calon terbaik yang boleh menjadi wakil rakyat mereka. Segalanya di depan mata mereka. 

Yang penting ialah agar rakyat Kuala Kangsar tidak tertipu dengan drama Pembangkang terutamanya PAN dan bos mereka, parti chauvinis DAP.


-  Dr. Mim

No comments:

Post a Comment