Thursday, 31 March 2016

MAK NYAH WARGA MALAYSIA PEJUANG LGBT DIIKTIRAF AS


WASHINGTON, Rabu – Ancaman budaya asing berkiblatkan fahaman songsang Barat kini sedang membarah di negara umat Islam ini.

  

Terkini, seorang aktivis transgender yang banyak memperjuangkan kesongsangan kumpulan LGBT, mendapat anugerah antarabangsa yang dicipta oleh negara pro-LGBT, Amerika Syarikat.

Nisha yang asalnya seorang lelaki, adalah salah seorang daripada 14 penerima anugerah ‘International Women of Courage Award’ yang disampaikan oleh Setiausaha Negara AS, John Kerry dalam satu majlis semalam.

Dalam ucapannya, Kerry memuji Nisha di atas usaha gigihnya membela nasib LGBT yang berhadapan keganasan dan diskriminasi.

“Dia (Nisha) menghadapi ancaman dan tetap komited dengan tugasnya kerana dia tahu apa yang patut dilakukan,” kata Kerry.

Menurut maklumat yang disiarkan oleh laman web Jabatan Negara AS, Nisha adalah pengasas dua NGO iaitu Justice for Sisters dan SEED Foundation yang kedua-duanya adalah badan yang menyokong komuniti LGBT.


Dalam responnya, Nisha menulis di Facebook bahawa dia sangat gembira dengan anugerah ini dan amat berterima kasih kepada pihak Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur yang telah mencalonkannya.

nisha ayub john kerry

No comments:

Post a Comment