Tuesday, 10 November 2015

PENGURUS RESTORAN OCEAN KING AKHIRNYA DIBEBASKAN SELEPAS 6 BULAN DICULIK PENGGANAS


KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, sebentar tadi mengesahkan pengurus restoran yang menjadi mangsa culik, Thien Nyuk Fun, telah selamat tiba di Sandakan, jam 10 malam tadi. 

Katanya, mangsa mengharungi perjalanan yang sangat jauh melalui jalan darat di beberapa pulau dan perairan dengan menggunakan bot laju dari Jolo, Sulu yang mengambil masa lebih enam jam. 

"Keadaan mangsa sihat tetapi masih lemah dan letih kerana perjalanan yang jauh, selain aspek emosinya.

"Usaha untuk menyelamat dan membebaskan seorang mangsa masih diteruskan," katanya. 

Nyuk Fun, pengurus restoran makanan laut Ocean King di Sandakan, diculik kumpulan bersenjata di Sandakan, Mei lalu, dan pembebasannya dilaporkan lewat malam tadi. 

Bagaimanapun, seorang lagi lelaki rakyat Malaysia, Bernard Then, 39, dari Sarawak, dilaporkan masih berada dalam tawanan penculik di kepulauan Jolo di selatan Filipina. 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, sebelum ini berkata, berkata kejayaan itu adalah hasil rundingan dan usaha bersepadu oleh pihak berkuasa membabitkan pelbagai agensi. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras untuk membawa pulang tebusan". 

"Pada masa sama, saya menggesa pasukan keselamatan terus berwaspada setiap masa demi memastikan sempadan negeri selamat daripada pencerobohan," katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 7.26 malam pada 14 Mei lalu, empat lelaki berpakaian celoreng bersenjatakan pistol dan rifel M-16 menyerbu restoran itu menerusi tangga daripada laut, sebelum melarikan Nyuk Fun dan Bernard, iaitu pelanggan restoran. 

Nyuk Fun adalah ibu kepada pemilik restoran berkenaan, manakala Bernard adalah perunding elektronik dari Sarawak yang baru saja tiba bersama isterinya untuk bercuti di Sandakan.

No comments:

Post a Comment