Monday, 7 September 2015

PEGAWAI POLIS TRAFIK WANITA MAUT DIREMPUH MAT REMPIT, BUDAK HINA MENDIANG KENA CEKUP !!!


KLUANG – Seorang pegawai polis trafik wanita berpangkat inspektor maut dirempuh seorang pelesit rempit yang cuba melepaskan diri dalam satu sekatan jalan raya ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata kejadian ketika pegawai wanita terbabit, Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota dan pasukan sukarelawan polis.

Operasi itu bermula 1.30 pagi. Namun, selepas sejam kemudian terdapat sekumpulan penunggang motosikal dari arah Mersing menuju bandar Kluang cuba meloloskan diri.

“Seorang daripadanya kemudian turut merempuh Margaret,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Mohamad berkata, Margaret yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sejak lima tahun lalu, kemudian dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Katanya, dia dilaporkan kritikal akibat patah tangan kiri, tulang pinggul dan kaki selain pendarahan dalaman di perut sebelum disahkan meninggal oleh pihak hospital, 12.45 tengah hari ini. – Harian Metro

SEMENTARA ITU.....



KUALA LUMPUR 7 Sept - Polis menahan seorang remaja lelaki kerana menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen yang meninggal dunai akibat dirempuh mat rempit dalam operasi sekatan jalan raya pada Ahad.

Tagum meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari Ahad semasa dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang selepas dirempuh seorang mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.

Suspek itu ditahan kerana membuat kenyataan menghina “Mampus juga kau … setelah sekian lama menyusahkan orang’ yang dimuatnaik di status Faceboknya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu menerusi akaun twitternya dan mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kluang atas kejayaan menahan suspek itu.

“Syabas JSJ@PDRM Kluang yang berjaya tangkap orang yang menghina mendiang Inspektor Margaret-Trafik Kluang sebentar tadi (semalam),” katanya menerusi laman twitter rasminya.

Mayat mendiang Tagum akan dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.25 pagi dan dijangka tiba di Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 11.15 pagi Isnin.

Mangsa sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital itu selepas dirempuh oleh seorang mat rempit pada pukul 2.40 pagi Ahad ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis.

Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman.

No comments:

Post a Comment