Monday, 7 September 2015

GEMPAR ! 11 TUHAN DAFTAR PEMILIH MAHU MENGUNDI !


Waktu hidupnya, kerana kekuasaan yang dimilikinya, Firaun mengaku dirinya adalah Tuhan.  Tetapi di Banyuwangi, tidak perlukan kekuasaan ataupun kekayaan untuk mengaku dirinya Tuhan kerana dia memang Tuhan... Jangan marah dia atau belasah dia.......
Maksud aku.... namanya adalah Tuhan....
 
BANYUWANGI: Pendedahan seorang lelaki yang bernama Tuhan menyebabkan wilayah Banyuwangi popular di Indonesia.

Namun, wilayah Jember yang terletak bersebelahan Banyuwangi jauh lebih unik kerana mempunyai 11 penduduk bernama Tuhan.

Semua penduduk itu mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya kecil bagi memilih pemimpin wilayah itu yang akan berlangsung Disember ini.

“Memang benar ada beberapa pemilih yang bernama Tuhan yang dikesan ketika saringan daftar pemilih untuk pilihan raya ini,” kata pegawai suruhanjaya pilihan raya Jember Ahmad Hanafi.

Katanya, mereka yang bernama Tuhan itu ada yang sudah berkahwin dan tinggal di beberapa daerah dan bandar Jember.

“Ada namanya memang Tuhan tetapi ada yang memakai di awalan atau di akhiran seperti Satuhan dan Tuhani,” jelasnya.

Menurutnya, ada 11 individu yang mempunyai nama Tuhan dan mereka memiliki kad pengenalan dan alamat berbeza.

Bagaimanapun, Ahmad tidak memberi maklumat lanjut berhubung individu bernama Tuhan berkenaan kerana ia dokumen rahsia. - Agensi

No comments:

Post a Comment