Friday, 14 August 2015

PEMFITNAH ZETI DERITA SAKIT JANTUNG DAN MELETAK JAWATAN, BAKAL DICARI HINGGA KE LUBANG CACING ??!!!!!


Hari ini TS Zeti Akhtar Aziz telah membuat sidang akhbar. Beliau menerangkan prestasi ekonomi negara yang tumbuh sederhana sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua (Q2) 2015 berbanding 5.6 peratus pada suku pertama (Q1). Baca Sini


Selain daripada itu, belau juga telah menjawab beberapa tuduhan dan spekulasi yang banyak bermain di media sosial tentang diri beliau dan Bank Negara Malaysia.

Anda baca laporan di bawah:
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menolak khabar angin beliau akan meletak jawatan sebagai Gabenor Bank Negara.

Selain itu Zeti, 67, turut menafikan beliau menderita sakit jantung seperti yang tersebar di media sosial.

"Saya akan kekal di pejabat sehingga tempoh saya berakhir. Tempohnya adalah lima tahun, jadi ia akan berakhir tahun depan.

"Saya juga tidak mengambil sebarang rawatan. Doktor beritahu keadaan jantung saya juga baik," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Apabila ditanya sama ada beliau berhasrat untuk kekal dalam jawatan sekarang selepas tamat tempoh itu beliau menjawab: "Buat masa ini, apa yang dapat saya katakan ialah saya ingin menulis sebuah buku berhubung persaraan saya."

"Saya berada dalam jawatan selama 16 tahun dan juga telah berkhidmat selama 35 tahun kepada Bank Negara dan negara. Saya percaya Bank Negara Malaysia ialah institusi yang kukuh dan akan pergi ke tahap yang lebih tinggi," kata Zeti -sumber
Dalam masa yang sama, media juga melaporkan kenyataan Zeti Akhtar Aziz yang memberi amaran bahawa beliau akan mencari dan mendakwa mereka yang menyebarkan khabar angin mengenai dirinya dan BNM tentang isu 1MDB:
"Tuduhan terhadap bank ini dan saya secara peribadi adalah tidak benar, " kata Gabenor Bank Negara.
"Kebanyakan dakwaan ini dibuat oleh orang-orang yang tidak dikenali. Kita akan berusaha untuk mengenal pasti siapa mereka dan mengambil tindakan undang-undang selanjutnya ke atas mereka.

"Pada masa ini kita tidak tahu siapa mereka. Kami mempunyai beberapa idea-idea, petunjuk susulan tentang siapa mereka, tetapi setakat ini namanya tak diketahui," katanya kepada media pada taklimat di Bank Negara, Khamis-seterusnya
Sebelum ini, Ketua Polis Negara TS Khalid Abu Bakar telah menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa pihak polis telah menahan dan sedang menyiasat Zeti berkenaan 1MDB.
“Tidak di pihak kami (yang menyiasat). Kami tidak tahu dari mana datangnya dakwaan dan khabar angin tersebut,” ujar Khalid yang menegaskan tiada penahanan atau siasatan dijalankan ke atas Zeti seperti yang tersebar di media sosial.

Khabar angin itu terjadi apabila terdapat blog yang mendakwa bahawa polis sedang menyiasat Zeti dan beberapa orang lain dari Bank Negara di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung 1MDB. seterusnya
Nampaknya, media sosial terus menjadi tempat untuk menabur fitnah dan memporak-perandakan rakyat negara ini. Yang masaalahnya ialah ada di antara kita yang percaya bulat-bulat dengan perkhabaran yang beredar dalam media sosial tanpa mahu tahu lebih lanjut sama ada perkhabaran itu benar atau tidak. 

Sekarang pula, sudah ramai pula netizen yang 'mahir' bab ekonomi dan ringgit. 

Laporan terbaru tentang 1MDB :

Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menyerahkan laporan siasatan pihaknya terhadap dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Pejabat Peguam Negara.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata laporan siasatan tersebut telah diserahkan kepada Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"BNM sudah melengkapkan siasatan dibawah bidang kuasa yang ada pada minggu ini dan ia telah diserahkan kepada Peguam Negara pada minggu ini juga," katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Laporan siasatan telah diserahkan. Kita tunggu keputusannya. Tidak perlulah bersekongkol dengan Pembangkang dan NGO-NGO pro-pembangkang yang mahu berdemo untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

Anda baca juga penjelasan menarik ini. KLIK SINI  

No comments:

Post a Comment