Monday, 17 August 2015

12 MAUT BANGKOK DI BOM

51439817740_freesize

BANGKOK: Satu letupan dipercayai berpunca dari sebutir bom meletup di sebuah kuil di tengah-tengah Bangkok pada Isnin, meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan mencederakan beberapa orang yang lain.




Beberapa cebisan tubuh mangsa turut dilihat bertaburan di lokasi kejadian yang berlaku di hadapan sebatang jalan di luar Kuil Erawan, dalam daerah Chidlom di tengah-tengah ibu kota Thailand itu.



“Saya boleh sahkan ia adalah sebutir bom, namun tidak dapat dipastikan jenis bomnya, kami (polis) sedang menjalankan siasatan,” kata jurucakap polis Leftenan General Prawut Thavornsiri kepada AFP.



Sementara itu ketika dihubungi Pegawai Perhubungan Keselamatan Kedutaan Malaysia di Bangkok, ACP Fauzi Khan Ismail memaklumkan kepada Astro AWANI jumlah kematian berkemungkinan meningkat berikutan kawasan tersebut adalah pusat tumpuan pelancong.



Pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada rakyat Malaysia antara mangsa dalam kejadian itu.



Usaha menyelamat kini sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa di kawasan letupan.

Astro Awani

No comments:

Post a Comment