Friday, 8 May 2015

HELIKOPTER TERHEMPAS DI UTARA PAKISTAN : 6 MAUT TERMASUK ISTERI PESURUHJAYA MALAYSIA

nahas-helikopter-pakistan

Islamabad (Pakistan): Sebuah helikopter tentera membawa diplomat asing terhempas di kawasan pergunungan utara Pakistan mengorbankan dua juruterbang dan empat penumpang termasuk isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan iaitu Datin Habibah Mahmud.

Habibah, yang merupakan isteri kepada Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, diberitakan menyertai konvoi tiga helikopter yang membawa delegasi diplomat asing dan bantuan ke Gilgit, Pakistan di wilayah bergolak Kashmir.

“Dua juruterbang dan beberapa penumpang maut,” kata jurucakap tentera Pakistan Asim Bajwa menerusi laman Twitter sebelum menambah 13 penumpang lain terselamat namun mengalami kecederaan.

Helikopter terhempas diatas sebuat sekolah di Gilgit
Menurut laporan media Pakistan, helikopter MI-17 itu dalam perjalanan membawa diplomat ke pelancaran projek di kawasan utara apabila terhempas di sebuah sekolah di Gilgit dan terbakar.
Antara yang disahkan terbunuh setakat ini adalah Duta Norway, Leif H. Larsen dan Duta Filipina, Domingo D. Lucenario Jr menurut tentera Pakistan.
Sebuah sekolah di Helikopter terhempas diaatas sebuah sekolah di Gilgit  menyebabkan sekolah berkenaan musnah.  Tidak diketahui samada terdapat pelajar didalam bangunan sekolah tersebut.
Berdasarkan senarai penumpang yang diperolehi agensi berita AFP, diplomat yang dijadual menaiki helikopter berkenaan adalah Duta Indonesia, Lebanon, Malaysia, Belanda, Romania, Norway, Afrika Selatan, Filipina dan Poland.
Keadaan penumpang lain belum diketahui. Nahas turut disahkan oleh jurucakap Tentera Pakistan Asim Bajwa menerusi laman Twitternya.


No comments:

Post a Comment