Thursday, 7 May 2015

ANALISA PRK PERMATANG PAUH


BN: 21,428
PKR: 30,285
PRM: 99
BEBAS: 323
ROSAK: 737
UNDI TIDAK KEMBALI: 2
MAJORITI: 8,857 (PKR)


PKR GAGAL DI PERMATANG PAUH!

1.  Majoriti Yang DiPerolehi PKR Merosot 8.3% Berbanding PRU13, prestasi BN meningkat 2.42%.  
Buktinya :

PRU13

BN: 25,369
PKR: 37,090
Maj: 11,721
PRK 2015
BN: 21,428
PKR: 30,285
Maj: 8,857

BEZA

BN: -3,941
PKR: -6,805
Maj: -2,864

JUMLAH KELUAR MENGUNDI PRU13

88.52% = 11,721 Maj
1% = 132.41 Maj

Sekiranya % sokongan PKR kekal sama seperti PRU13, PKR akan mendapat:
PERATUS KELUAR MENGUNDI 2015
73% = 9,666 Maj
Maj PKR 2015 = 8,857
PKR kehilangan 809 (-8.3%)

Sekiranya % sokongan BN kekal sama seperti PRU13, BN akan mendapat
73% = 20,921
Undi sebenar =21,428
Undi BN Bertambah = +507 (+2.42%)
BN bertambah undi 507 (+2.42%)

2.  Prestasi BN sangat baik dikala kemarahan rakyat memuncak di tahap yang sangat tinggi kerana poket mereka terkesan akibat aktiviti menaikkan harga secara berleluasa oleh peniaga atas alasan GST.

3.  Jika di bandingkan dengan Rompin yang tahap kerbergantungan terhadap media baru lebih rendah, PAS jelas lebih berjaya menjejaskan BN walaupun isu di Rompin hanya berkisar kepada isu GST dan Felda.

4.  PKR gagal untuk melemahkan Barisan Nasional walaupun mereka telah menggunakan sehabis baik isu 1MDB, Jet Kerajaan, Altantuya, Kes Liwat dan sebagainya.

5.  Walaupun PKR mendapat bantuan daripada pelbagai pihak secara tidak langsung dan secara langsung.  
Termasuklah penyokong UMNO dan bekas pemimpin UMNO yang menyerang Dato Seri Najib secara bertubi-tubi termasuk "bomb" saat akhir berhubung isu Tabung Haji, PKR jelas gagal mengunakan kemudahan yang mereka perolehi untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Kepada semua petugas dan jentera BN yang telah bertungkus lumus untuk memenangkan calon BN kita Sdr Suhaimi Sabudin, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas.  Kalian telah berjaya mempertahankan parti kita dikala kita diuji dengan pelbagai isu yang cukup menjejaskan akibat kemudahan teknologi yang memudahkan menyebarkan sesuatu dakyah dan fitnah kini.

Oleh Lokman Adam

1 comment: