Monday, 20 April 2015

HANG TUAH MENGAKU ANAK JINS SHAMSUDDIN ...... ???

Status Anak Ke-2, Konflik Keluarga Jins Samsuddin Berlarutan

Kemelut keluarga yang melanda lagenda filem Melayu, Tan Sri Jins Shamsuddin, 80 sehingga kini masih belum terjawab.Tindakan individu yang mendakwa dirinya anak kedua Jins, Hang Tuah @ Shazrin Mohd Zain, 41, baru-baru ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan identiti sebenar lelaki berkenaan.


Sebelum ini Hang Tuah mendakwa dirinya merupakan anak hasil perkongsian hidup Jins bersama ibunya, Jamilah Shukor menerusi perkahwinan kedua tokoh itu.
Melalu sisipan Berita Harian, B*Pop, isteri kepada Jins, Puan Sri Halijah Abdullah, 56 menjelaskan bahawa Jins hanya mempunyai tiga orang anak menerusi dua perkahwinan terdahulu.
Mereka adalah Jeffrey bin Jins, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Meskipun begitu, beliau akui mengenali Hang Tuah secara dasarnya tetapi hanya sebagai anak angkat kakak kepada Jins, iaitu Hazizom Samsudin.
Saya mengatakan suami (Jins) memiliki tiga orang anak sahaja, itu hakikat yang selama ini diketahui. Daripada mulut Jins, dia mengatakan ada tiga orang anak sahaja.
“Saya kenah Hang Tuah sejak kecil. Dia dibela kakak Jins, Hazizom Samsudin di Taiping, Perak.
“Sejak dahulu saya hanya tahu dia anak angkat Hazizom. Saya pernah tanya Jins, siapa Hang Tuah, beliau beri amaran kepada saya jangan campur urusan keluarganya. Jadi saya hanya diam sejak itu,” katanya.
Tambah Halijah, hubungan beliau dengan Hang Tuah sebelum ini tidak pernah bermasalah meskipun mengakui tidak terlalu rapat.
Jelasnya juga Hang Tuah pernah beberapa kalu datang ke rumahnya di Hulu Klang sebelum ini dan hanya berjumpa pada Hari Raya sahaja.
“Hang Tuah memanggil Jins sebagai Cu manakala saya sebagai Kak Jah.
“Perkara ini tidak sepatutnya dirahsiakan. Apa yang dapat saya katakan, inilah akibatnya apabila terlalu banyak berahsia. Akhirnya semua nampak seperti tidak kena. Tidakkah ia memalukan?” soalnya.
Sementara itu, anak bongsu kepada pasangan itu, Hang Nadim turut mempersoalkan nama bapa kepada Hang Tuah yang katanya bukan nama sebenar Jins.
Jelas Hang Nadim, beliau dan dua orang abangnya berbinkan nama yang berlainan namun ia adalah nama asal Jins menurut kad pengenalan.
“Saya akui kami tiga beradik mempunyai ‘bin’ yang berbeza. Nama abang sulung ialah Jeffrey bin Jins, diikuti Putera Hang Tuah bin Mohamed Jin dan saya Putera Hang Nadim bin Jins Samsuddin.
“Nama sebenar ayah dalam kad pengenalan adalah Mohamed Jin Samsudin@Jins Samsuddin. Jadi dari mana datangnya nama Mohd Zain seperti yang didakwa? Setahu saya nama Mohd Zain adalah panggilan orang kampung,” jelasnya.
Sumber : SK

No comments:

Post a Comment