Monday, 20 April 2015

BENARKAH JIRAT CINA TERBAKAR DI KLUANG, JOHOR ???


Satu video yang VIRAL di laman sosial membuatkan ramai yang tertanya - tanya dan pelik dimana rakaman video menunjukkan api yang membuak - buak keluar dari Jirat cina yang dikatakan berlaku di Bt.4 Jln Kluang, Batu Pahat, Johor.


Rakaman video di bawah ini anda dapat menyaksikan air membuak - buak manakala api marak keluar dari jirat. 

https://youtu.be/ADRdURawQ7A

Namun begitu yang sebenarnya kejadian ini bukan lah berlaku di Kluang sebaliknya berlaku di Taiwan pada tahun 2011.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.

Kebakaran pula berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membakar gas asli itu, katanya dalam kenyataan di sini, malam Ahad.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.

Beberapa laman sosial baru-baru ini menyebarkan rakaman video mengenai fenomena air berlumpur dan berapi yang didakwa berlaku di Jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat.

No comments:

Post a Comment