Sunday, 15 March 2015

HUKUMAN DARI IBU YANG TAK TAU MALU !!!


Seorang kanak-kanak dipaksa mengemis dalam keadaan berbogel di jalan raya di sini, semalam oleh ibunya sebagai cara untuk menghukumnya.

Dalam gambar yang menjadi viral dalam laman sosial China, ibu kanak-kanak itu dilihat berdiri di sebelahnya dengan berpakaian lengkap sambil memegang mangkuk.

Wanita itu juga merotan anaknya sekali atau dua dengan wayar yang dipungut di tepi jalan, menurut seorang pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian.

Orang ramai yang lalu di situ berusaha membantu kanak-kanak itu. Tetapi selepas didesak, si ibu membenarkan kanak-kanak itu memakai baju, tetapi mangsa tidak berani berdiri sehingga seorang lelaki datang mengangkatnya,

Menurut laporan, kanak-kanak itu dihukum selepas dia mencederakan rakan sekelasnya dalam satu pergaduhan.

Sebagai hukuman, dia dipaksa berbogel dan meminta sedekah untuk mendapatkan wang bagi membayar ganti rugi.

Sebahagian pengunjung laman sosial mengecam tindakan wanita itu dengan menyifatkannya sebagai kejam. - Agensi


PATUT lah anaknya samseng.... ibunya mendidiknya dengan cara begitu!!!

No comments:

Post a Comment