Friday, 19 December 2014

KOMEN CHEF WAN MENGENAI 'BUDAK SEKOLAH' KAHWIN : 'SILAP HARI KENCING TU BERSELERAK LAGI' !!!


Perkahwinan paling viral di media sosial sekarang ini bukanlah wedding of the year pasangan artis popular ataupun perkahwinan DiRaja... melainkan perkahwinan budak masih bersekolah menengah iaitu Muhd Muaz, 15 dan pasangannya, Amiera Nurezati, 17. Baca sebelumnya ... DI SINI


Chef Wan telah tampil menyuarakan pendapatnya tentang berita perkahwinan mereka ni.. Seantero Malaya Nusantara dan dunia kenal... sapa Chef Wan ni.  Selain  MasterChef terkenal, Chef Wan juga terkenal dengan mulut lasernya tu.... dia akan sound direct  kalau ada hal yang dia tak puas hati.

Begitulah juga perihal pasangan berkahwin muda tu.  Memang Chef Wan nampak tak setuju sangat dengan perkahwinan tu.  Jika anda mempunyai anak-anak sebaya mereka.... apakah anda bersetuju dengan tindakan mereka yang berkahwin dalam usia setahun jagung dan darah masih setampuk pinang itu ? Bak kata Chef Wan... umur 15 tahun nak kerja apa bagi anak bini makan? Hurmmm....betul jugak kan.  Sedangkan yang graduate pun susah nak cari kerja yang sesuai... inikan pulak di usia 15 tahun...!! 

Apapun, jom kita ikuti apa luahan hati Chef Wan mengenai situasi tersebut....

“Sayangnya bukan ke waktu umur begini anak2 muda bertungkus lumus menimba ilmu di sekolah untuk menjamin kan lagi hidup mereka di masa hadapan? 

The paper say in BH Spore that the boy who is 15 decided bila dapat result examnya dia tak akan sambung belajar lagi.Isteri 17tahun baru 2 bulan kenal. Apparently both parent mereka setuju pulak tu.Wow i am speechless that there are people who take marriage ni so simple tanpa memikir betapa besar tanggung jawab mereka sebagai parent untuk anak2 mereka.

If our entire nation anak2 muda is allowed to this bayang kan la masa depan negara apa nak jadi. Lets not even speculate or buruk sangka about their marriage tetapi about both of them getting the right education, getting mature, berkerja, belajar hidup berdikari and finally berpasangan when the time is right.There always a time for everything.

U simply have to learned to be responsible of yourself and then start a family. At 15 yrs old nak kerja apa tu nak tanggung anak dan isteri? Silap hari kencing tu berselerak lagi!”

No comments:

Post a Comment