Thursday, 6 November 2014

ALUMNI MRSM BALIK PULAU BUAT LAPORAN POLIS KES BULI TIDAK BENAR


Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara) Cawangan Balik Pulau mendesak sebuah portal berita menarik balik dakwaan yang disiarkan kononnya klip video kes buli terbabit berlaku di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang.


Ketuanya, Muhamad Faizal Othman,39, berkata laporan portal  itu menyiarkan berita  bahawa kes pukul membabitkan pelajar di sebuah asrama itu berpunca dari kehilangan telefon bimbit jenis Samsung Note 3.

Menurutnya, pihaknya tidak menafikan  laporan kejadian kehilangan telefon Samsung Note 3 memang benar-benar  berlaku di MRSM Balik Pulau minggu lalu, membabitkan lapan pelajar.

Namun ianya tidaklah sampai berlaku seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan.

“Ini adalah satu dakwaan serius yang  memburukkan nama MRSM Balik Pulau.

“Kita minta pengendali portal berkenaan mengeluarkan berita itu segera,”katanya kepada wartawan, semalam.

Susulan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail petang semalam, berhubung berita yang tersiar dalam portal berkenaan. - SinarHarian

No comments:

Post a Comment